Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...
Kita sebagai hambaNya patut takut dan berharap. Kita takut terkena azab dan berharap agar memperoleh Syurga sepertimana yang dijanjikan oleh Alla swt..
Oleh yang demikian, kita sepatutnya tingkatkan amal dan iman kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat kelak..
Sebagai muslim, kita seharusnya patuh dengan perintah Allah swt kerana kita tidak mahu dimurkai dan dilaknat olehNya...Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas dari murkaNya..
Tuan2 dan puan2, Allah Maha Baik.. Allah cipta Nabi Adam as dan terus dimasukkan ke dalam Syurga.. Jika Allah tidak baik, sudah tentu DIA akan masukkan Nabi Adam as ke dalam Neraka..
Kita kena sentiasa berharap agar diampunkan dan diredhai oleh Allah Sang Pencipta.. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat nanti..InshaAllah..
No comments:
Post a Comment