Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..
Kerana lidah, badan binasa...Ini kerana ramai antara kita yang gagal untuk mengawal lidah... Oleh yang demikian, kita sewajarnya menjaga lidah kita dari mengumpat, memfitnah dan mencaci... Di dalam Al Quran Allah berfirman ;
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,
Di dalam ayat2 di atas, Allah melarang kita untuk menceritakan keaiban orang lain, mengumpat dan mencaci.. Jika kita ada mengumpat, dan mencaci.. cepat2lah minta maaf sebelum mereka tiada.. Selagi orang yang kita umpat dan caci tidak maafkan, selagi itu Allah tak maafkan kita..
Sama2lah kita muhasabah diri agar kita tidak tergolong dalam golongan yang suka mengumpat, membuat fitnah dan mencaci.. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment