Sebagai seorang muslim yang sejati, kita perlu mendapatkan redha dari Allah dan Ibubapa.. Jika Allah dan Ibubapa kita redha akan kita, InshaAllah kita akan bahagia di dunia dan akhirat.. Allah berfirman di dalam Al Quran :
Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.
(Al-Baqarah 2:207)
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !
(Al-Fajr 89:28)
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
(Al-Lail 92:20) Sebagai anak yang soleh dan solehah, kita wajib berbuat baik kepada ibubapa kita.. Di dalam hadis berbunyi ;
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”. (Hadis Riwayat Tirmizi)
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)
No comments:
Post a Comment