Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Hari ini kita mahu banyak2 bersyukur kepada Allah kerana Allah memilih kita menjadi seorang manusia... Beza kita dengan haiwan adalah kita mempunyai aqal namun haiwan tidak mempunyai aqal.. Kita dan haiwan mempunyai nafsu dan dengan nafsu ini kita makan, minum dan beranak pinak..
Begitu mulianya aqal ini adalah aqal berada di otak atau bahagian kepala.. Namun aqal tidak boleh sombong dengan organ2 lain kerana bila sujud, otak akan berada dibawah dan punggung akan naik ke atas..
Dengan aqal juga manusia berinovasi... Mencipta kenderaan seperti kereta, kapal terbang, laptop, telefon pintar dan pelbagai lagi..
Allah memberi aqal kepada manusia untuk manusia bersyukur dan mencari siapakan pencipta alam semesta ini.. Haiwan tidak mempunyai aqal dan tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat.. Manusia mempunyai aqal dan akan bertanggungjawab di akhirat kelak..
Jadi, gunalah aqal yang ada dengan cara sebaiknya... Jangan gunakan aqal untuk ke arah kesesatan.. Nauzubillahiminzalik...
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan
No comments:
Post a Comment