Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian
Terdapat tiga kebaikan bersedekah iaitu :
1. Di panjangkan umur
2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk.
3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takbur dan membenggakan diri.
Huraiannya
1. Di panjangkan umur
Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan saat kematian tiba. Seseorang tidak boleh lari daripadanya, tidak akan di cepatkan dan dilambatkan barang sesaat sekali pun. Tetapi kenapa hadis ini menceritakan bahawa bersedekah itu boleh memanjangkan umur seseorang.? Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya. Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLoh Mahfuz.
Firman Allah SWT maksudnya :Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.(Yaa Siin 36:82)
2. Mencegah daripada mati dalam keadaan teruk
Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)
Mati dalam keadaan teruk adalah kematian yang mengerikan, mendapat musibah dan kematian yang tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.
Salah satu mati yang teruk adalah mendapat su'ul khatimah. Jika seseorang mendapat su'ul khatimah dalam akhir hayatnya maka kecelakaan dan keburukanlah yang akan menantinya dialam barzakh dan hari akhirat.
Su’ul khatimah (penyudahan yang buruk) adalah meninggal dalam keadaan berpaling dari Allah, berada di atas murka-Nya serta meninggalkan kewajiban dari Allah SWT. Su’ul khatimah ialah apabila sewaktu akan meninggal dunia seseorang dikuasai oleh perasaan was-was yang disebabkan keragu-raguan atau keras kepala atau mencintai keterlaluan terhadap kehidupan dunia yang akibatnya ia harus masuk ke neraka jika tidak diampuni oleh Allah SWT.
Sebab-sebab su’ul khatimah secara ringkas antara lain adalah perasaan ragu dan sikap keras kepala yang disebabkan oleh perbuatan atau perkara dalam agama yang tidak pernah dilaksanakan dan sentiasa membelakangkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW, menunda-nunda taubat, banyak berangan-angan tentang kehidupan duniawi, senang dan membiasakan dengan perbuatan maksiat.
Tidak diragukan lagi, demikian ini akhir kehidupan yang menyedihkan, selalu dikhawatirkan oleh orang-orang yang bertaqwa. Semoga Allah menjauhkan kita darinya. Terkadang nampak pada sebahagian orang yang sedang sakaratul maut, tanda-tanda yang mengisyaratkan su’ul khatimah, seperti: menolak mengucapkan syahadah, justeru mengucapkan kata-kata buruk dan haram, serta menampakkan kecenderungan padanya dan lain sebagainya.
Di antara penyebabnya juga adalah rakus terhadap dunia, mencarinya dengan cara-cara haram, berpaling dari jalan kebaikan, serta terus-menerus melakukan perbuatan maksiat.
Terdapat beberapa faktor penyebab seseorang itu tergolong dalam golongan yang mendapat su’ul khatimah:
1. Mengabaikan ibadat sembahyang (solat fardu)
2. Tidak mahu mengeluarkan zakat bagi membersihkan hartanya
3. Derhaka kepada ibu bapa
4. Minum arak
5. Menyakiti orang Islam
6. Suka memecah-belah kaum muslimin
7. Suka mengurangi takaran dan timbangan
8. Suka menipu kaum muslimin
9. Menyusahkan dan mengelincirkan mereka
10. Suka mengaku-ngaku sebagai wali Allah atau juga mengingkari para wali-Nya
11. Melakukan perkara-perkara yang keji dan lain-lainnya.
Hidup sekarang ini penuh cabaran dan kita tidak tahu apa akan terjadi di hadapan kita. Setiap hari kematain berlaku dihadapan kita dengan kematian kemalangan jalan raya, mati dibunuh dan paling ditakuti adalah kematian berlaku seseorang itu dalam keadaan melakukan maksiat, nauzubilahiminzalik.
Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah dan dapat mengucap kalimah, "LAILAHAILLALLAH".
3. Dapat menghapuskan dengan sedekah itu sifat sombong, takabbur dan membanggakan diri.
Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan tidak kikir daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takabbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah SAW : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama mencari bekalan akhirat dengan membanyakkan bersedekah. Sedekah jariah yang diberikan untuk pembinaan sekolah-sekolah agama dan Maahad Tahfiz, rumah anak-anak yatim, masjid dan surau dan mewakafkan tanah perkuburun Islam maka semuanya adalah merupakan saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walau pun penyumbangnya telah meninggal dunia. Bukan setakat di alam barzakh sahaja mendapat kebaikan tetapi di Padang Mahsyar pula para dermawan akan mendapat perlindungan Arash Allah SWT ketika ramai umat manusia kepanasan yang amat dahsyat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.
No comments:
Post a Comment