Saturday, January 7, 2017

3 Syafaat Terbesar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..


Ada 3 syafaat terbesar di akhirat kelak ;
1) Syafaat dari Al Quran
2) Syafaat dari Nabi Muhammad saw
3) Syafaat dari sahabat-sahabat yang soleh dan solehah

Syafaat dari Al Quran

Tuan2 dan puan2, di dalam Al Quran terdapat 114 surah.. Jika tidak mampu untuk baca semua, bacalah surah Al Mulk setiap malam iaitu selepas solat maghrib atau sebelum tidur. Tahukah tuan2 puan2, orang yang selamat di dalam alam kubur, maka hadapannya lebih mudah.. Jika tidak selamat di dalam alam kubur, maka hadapannya lebih susah..

Surah Al Mulk ini dapat menyelamatkan kita dari terkena azab kubur.. Jadi saya pesan diri saya dan tuan2 puan2 untuk amal dan baca surah agung ini setiap malam.. Memang mula2 itu akan rasa berat, inshaAllah lama2 akan rasa ringan.. Tak sampai 10 minit pun baca kerana surah ini ada 30 ayat sahaja.. Nak atau taknak baca itu pilihan tuan2 dan puan2..

Syafaat dari Nabi Muhammad saw

Untuk dapat syafaat dari Nabi Muhammad saw, kita mestilah ikut sunnah baginda.. Dalam masa yang sama kita kena sentiasa selawat ke atas Nabi kita Muhammad saw.. InshaAllah, jika kita jatuh ke lembah Neraka semasa lalu di titian sirat, baginda akan berdoa untuk memberi syafaat kepada kita..

Syafaat dari sahabat-sahabat yang soleh dan solehah

Diriwayatkan bahwa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu di dunia. Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah SWT
Yaa Rabb...Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...?
Maka Allah SWT berfirman :
Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

No comments:

Post a Comment