Friday, January 6, 2017

Malaikat Malik Dan Malaikat Zabaniyah Yang Perkasa Lagi Bengis

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Malaikat Malik adalah ketua dan penjaga Neraka. Manakala malaikat Zabaniyah adalah pengawal dan penjaga Neraka... Malaikat Zabaniyah ada 19. Hal ini disebut dalam Al Quran ;

Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).

Malaikat Malik dan malaikat Zabaniyah tidak mempunyai sedikit belas kasihanpun kepada penduduk Neraka. Mereka menyeksa penduduk Neraka dengan siksaan yang tidak terperi sakitnya.. Mereka adalah sebaik-baik mahkluk dan sekuat-kuat makhluk yang dapat menyiksa penduduk Neraka dengan azab yang Maha Berat. 

Bayangkan 1 hari akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Orang yang tinggalkan solat dengan sengaja akan menerima siksaan beribu-ribu tahun di akhirat kelak..

Kalau api dunia kita tidak dapat tahan, inikan pula api Neraka yang jauh lebih panas lagi.. Di dalam Al Quran, Allah berfirman;

Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami (kerana kami tidak tahan menderita)!" Maalik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal di dalam azab!"

Penduduk Neraka ingin sangat mati kerana tidak tahan dengan pelbagai siksaan yang menimpa mereka.. Namun itu hanyalah angan-angan kosong sahaja kerana di Neraka, mereka tidak hidup dan tidak pula mati. Ini dibuktikan dalam surah Al-A'laa;


Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Jadi tuan2 dan puan2, janganlah kita mensia-siakan umur yang diberi oleh Allah swt kepada kita.. Semoga kita semua terpelihara dari siksa kubur dan siksa api Neraka... amin amin Allahuma amin... 

No comments:

Post a Comment