Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian...
Alim ulamak adalah pewaris nabi yang memiliki banyak ilmu... Selagi mereka masih hidup, selagi itu kita perlu menuntut ilmu dengan mereka... Kita perlu muliakan mereka sebagai orang yang alim dan berpengetahuan tinggi namun kita dilarang untuk taksub dan terlalu mengagung-agungkan mereka.. Mereka juga manusia biasa seperti kita yang tidak maksum.. Kesilapan dan dosa itu tidak dapat kita lari..
Tuan2 dan puan2, jika alim ulamak ada membuat salah, janganlah mengumpat dan mengeji mereka... Tidak salah kita manusia biasa untuk menegur dengan niat kerana Allah swt..
Kita contohi peribadi alim ulamak yang sangat tawadhuk dan tidak sombong dengan ilmu yang mereka ada.. Kerana apa tuan2 dan puan2, ilmu yang mereka miliki adalah milik Allah swt.. Bila2 masa sahaja Allah boleh tarik ilmu tersebut... Jadi tidak perlu sombong dan angkuh dengan ilmu yang banyak...
Seperti yang kita tahu, alim ulamak seperti Habib Umar Al-Hafiz, Sheikh Nuruddin Al-Banjari, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dan lain2.. Mereka ini kita lihat adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.. Oleh itu, kita boleh contohi akhlak mereka... Semoga kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat sana...InshaAllah... :)
No comments:
Post a Comment