Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya sanjungi sekalian..
Ujub dan riak ini adalah sifat mazmumah yang patut dikikis dan dibuang sebersih-bersihnya... Ujub bermakna sifat membangga diri dengan pangkat,umur, dan harta yang ada.. Riak pula bermakna sifat ingin menunjuk-nunjuk supaya diberi pujian dari manusia..
Tuan2 dan puan2.. Ujub dan riak ini wajib dibuang kerana sifat2 ini dapat menghapuskan segala amal yang kita buat... Tidak guna membuat amal yang banyak namun ada sifat2 ujub dan riak dalam beramal..
Untuk buang sifat ujub dan riak ini, kita mestilah mengakui diri kita hina dan lemah disisi Allah.. Kita juga harus beramal ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk meraih pujian dari manusia.. Apa guna dapat pujian dari manusia akan tetapi Allah mengkeji kita kerana ada sifat2 buruk ini..
Semoga segala amalan yang kita buat tidak diiringi dengan sifat ujub dan riak.. Kita lakukan amal semata-mata untuk mendapat redha dan keampunan dari Yang Maha Esa.. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment