Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana DIA telah mengurniakan kita nikmat penglihatan..
Dengan adanya nikmat ini, kita dapat baca Al Quran, melihat tanda2 kebesaran Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji... Marilah kita bersyukur dan menggunakan nikmat penglihatan ini dengan sebaik2nya...
Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Marilah kita guna nikmat melihat ini dengan sebaiknya... Allah boleh tarik nikmat melihat ini pada bila2 masa sahaja yang DIA mahu...
No comments:
Post a Comment