Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
Dalam ayat di atas, kita mesti seimbangkan dunia dan akhirat kita.. Jangan terlalu mengejar dunia sampai lupa akan akhirat kita.. Sesungguhnya kehidupan di dunia hanyalah permainan dan senda gurau sahaja.. Oleh yang demikian, sama2 lah kita tingkatkan ilmu, iman dan amal kita..Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment