Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Kita perlu sayang anak-anak dan hormati orang tua.. Dengan sifat-sifat ini, kita dapat lahirkan keharmonian di antara kita... Di Syurga kelak, kita akan lebih mesra dan berkasih sayang dan semoga kita semua di masukkan ke dalam Jannatul Firdaus..
Jika kita mahu lihat masa silam kita, lihatlah anak-anak kecil dan jika kita mahu lihat masa depan kita, lihatlah orang-orang tua.. Semoga dengan ini kita tetap bersyukur dengan apa yang kita ada..
Sebagai seorang muslim, kita perlu berkasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.. Kita perlu sebarkan sifat kasih sayang kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Tidak wajar jika kita saling memusuhi antara satu sama dengan yang lain..
No comments:
Post a Comment