Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Nabi Musa as pernah berdoa untuk melihat wajah Allah Yang Maha Agung.. Namun Allah berfirman bahawa beliau tidak akan sesekali dapat melihat wajahNya Yang Maha Indah...
Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
Gunung ganang hancur lebur kerana sangat takut kepada Allah swt dan Nabi Musa as pengsan. Ini bermakna Nabi Musa as tidak dapat melihat wajah Allah swt di dunia ini...
Namun, semua ahli Syurga dapat melihat wajah Allah swt.. Inilah nikmat paling besar di Syurga.. Allah berfirman di dalam Al Quran ;
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Melihat kepada Tuhannya.
Jadi, sama2lah kita beramal agar dapat melihat wajah Allah swt di kelak.. amat rugi mereka yang tidak dapat melihat wajah Allah di dunia dan di akhirat.. Semoga kita tidak akan tergolong dalam golongan yang rugi dan celaka.. InshaAllah..
No comments:
Post a Comment