Thursday, January 5, 2017

Sifat Tawadhuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya sanjungi sekalian..

Sifat tawadhuk ini adalah sifat kerendahan hati.. Kita akan merasa diri kita lebih hina dari orang atau benda yang kita pandang.. Tidak kiralah orang itu Islam atau bukan Islam,,,Kita akan sentiasa rasa mereka lebih mulia dari kita..

Sifat tawadhuk ini berlawanan dengan sifat ego, sombong dan takabbur.. Allah amat tidak suka kepada mereka yang mempunyai sifat ego, sombong dan takabbur ini... Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Tuan2 dan puan2, tidak akan akan masuk Syurga orang yang mempunyai sezarah dari sifat kesombongan.. Oleh yang demikian, untuk membuang sifat sombong ini, kita perlu perbanyakkan memberi salam dan sedekah.. InshaAllah, Allah akan buang sifat sombong yang ada dalam hati kita...

Lagi berilmu, lagi berumur, lagi banyak harta dan pangkat, lagilah kena tawadhuk... Semoga kita berjaya dunia akhirat..Amin amin Allahuma Amin.. :)

No comments:

Post a Comment