Sunday, January 8, 2017

Fadhilat Solat Sunat Tahajjud

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Kita disyarankan oleh Allah swt untuk bangun malam dan menunaikan solat sunat Tahajjud.. Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Solat sunat Tahajjud ini dapat dilakukan pada 1/3 malam iaitu pada jam 3 pagi dan ke atas.. Minimum 2 rakaat.. Jika nak lebih tidak mengapa.. Namun disyarankan buatlah 2 rakaat sahaja kerana itu sudah mencukupi.. Biar sedikit asalkan istiqamah bukan?

Ada 2 fadhilat atau kelebihan yang kita peroleh melalui solat sunat Tahajjud ini.. 

1) Fadhilat di dunia

  • Jauh daripada segala penyakit
  •  Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
2) Fadhilat di akhirat
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
Jom, azam sama2 untuk bangun malam dan menunaikan solat sunat Tahajjud ini.. InshaAllah moga2 Allah menempatkan kita di tempat yang tertinggi dan terpuji di sisi Allah swt.. Amin amin Allahuma Amin.. :)

No comments:

Post a Comment