Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakan nikmat pendengaran.. Dengan nikmat pendengaran ini kita dapat dengan ayat2 suci Al Quran, tazkirah, motivasi dan pelbagai lagi..
Ayuh sama2 gunakan nikmat pendengaran ini di jalan yang benar.. Jangan jadikan telinga kita tempat untuk mendengar cacian orang, umpatan atau ghibah.. tohmahan2 negatif, fitnah2 dan sebagainya..
Ini kerana telinga akan menjadi saksi di akhirat dan akan bercakap di hadapan Allah, Tuhan Yang Maha Perkasa..
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)
No comments:
Post a Comment