Saturday, January 14, 2017

Kelebihan Zikir

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Zikir bermaksud kita mengingati Allah dalam apa jua keadaan.. Zikir boleh dilakukan melalui hati atau dengan lidah atau kedua-duanya sekali... Terdapat beberapa kelebihan berzikir.. antaranya :

1) Zikir boleh menjauhkan Syaitan dan kekuatannya
2) Zikir boleh melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Allah
3) Zikir boleh membawa kepada martabat Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah melihatNya
4) Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri kepada Allah
5) Zikir dapat mendekatkan seseorang kepada Allah
6) Zikir adalah pembuka pintu makrifat (mengenal) Allah
7) Zikir boleh menghidupkan hati yang mati
8) Zikir adalah santapan roh dan hati. Bayangkan jika tidak makan dan minum, apakah yang akan terjadi kepada badan?
9) Zikir boleh membersihkan hati dari kekaratan seperti karatnya besi
10) Nur zikir akan bersama orang yang suka berzikir di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment