Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Kubur adalah tempat yang kita akan singgah selepas kita mati.. Jika selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih mudah... Jika tidak selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih susah.. Baca kisah ini..
=======================================================================
Suatu hari, Sayidina Usman r.a. berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba-tiba Usman berhenti melangkah dan terdiam, Kemudian, air matanya mengalir setitis demi setitis, hingga membasahi janggutnya.
Melihat Usman menangis teresak-esak di tepi kuburan itu, datang seorang sahabat lalu bertanya : “Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”
Jawab Usman : “Kerana Nabi telah bersabda, ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.’”
Usman mengesat air matanya, kemudian menyambung, “Jika aku di neraka, aku akan bersama manusia lain, jika aku di alam akhirat, aku pun bersama manusia lain, tetapi jika aku berada di alam kubur maka tiada seorang manusia pun bersamaku. Tinggallah aku bersendirian saja di alam pusara. Itulah sebabnya aku menangis.”
=======================================================================
So main point nya yang kita dapat, jika selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih mudah, jika tidak selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih susah..
Tahukah tuan2 dan puan2, ada surah di dalam Al Quran yang dapat cegah pembacanya dari terkena azab kubur? Surah tersebut adalah surah Al Mulk.. Surah yang ke-67 dari 114 surah Al Quran..
Jadi disini kita dah nampak clue untuk tempuh alam yang seterusnya selepas alam kubur dengan mudah adalah dengan membaca surah Al Mulk..
Tuan2 dan puan2 perlu sedar, tidak semestinya kena sakit baru mati...dan tidak semestinya kena tua baru mati sebab kematian boleh menjemput tidak kira umur, sakit/sihat, tua/muda.. Kematian juga tidak kira siapa tuan2 dan puan2.. Jika ajal sudah sampai, pasti dan pasti tuan2 dan puan2 termasuk saya sendiri akan hadapinya...
Jadi saya nak berpesan kepada diri saya dan tuan2 dan puan2, amal dan bacalah surah Al Mulk setiap malam iaitu selepas solat maghrib.. ajar juga kepada keluarga tuan2 dan puan2 serta kawan2 atau siapa sahaja yang tuan2 dan puan2 mahu..
Saya nak kongsikan tips bagaimana kita dapat istiqomah untuk baca surah Al Mulk setiap malam :
1) Niatkan dan azam untuk baca setiap malam iaitu selepas solat maghrib atau sebelum tidur
2) Paksa diri untuk baca.. Memang mula2 akan rasa susah..InshaAllah lama2 akan rasa ringan je sebab dah biasa
3) Kongsikan dan ajak orang lain untuk baca surah Al Mulk. Sebab biasanya kalau kita ajak orang lain kita akan rasa.. "eh aku dah ajak orang lain baca, takkanlah aku tak baca? Malu aku nanti"
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada tuan2 dan puan2..