Wednesday, January 25, 2017

Untuk Kaum Adam! Lebih Afdal Kencing Duduk Selepas Ini!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.. Pada posting kali ini saya ingin berpesan kepada tuan2 dan puan2 especially kaum adam supaya tidak lagi kencing berdiri.. Apabila kita kencing berdiri, air kencing akan terpercik kepada pakaian kita dan sisa-sisa air kencing akan mengalir selepas kita kencing..Bayangkan jika tidak dibersihkan air kencing, solat tuan2 dan puan2 tidak sah kerana tidak bersih dari najis.. Dan untuk pengetahuan tuan2 dan puan2, banyak azab kubur kerana tidak membersihkan air kencing.. Di dalam hadis :

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw bersabda, "Bersihkanlah diri air kencing. Kerana kebanyakkan siksa kubur berasal dari bekas air kencing tersebut". (Riwayat Ad Daruquthni, hadis ini sahih)


“Seorang wanita Yahudi menemuiku dan berkata “Azab kubur itu boleh terjadi kerana air kencing (yang tidak sempurna disucikan)”. Aku (Aisyah) pun berkata “Kamu berdusta”. Dia berkata “Benar, bahkan jika salah seorang kami siap untuk memotong kulit dan pakaian kami (jika terkena air kencing)”. Kemudian Rasulullah saw keluar hendak solat, baginda mendengar suara kami yang keras, maka baginda bertanya “Ada apakah ini?”. Lalu aku memberitahu apa yang dia katakan. Nabi saw bersabda “Dia (orang Yahudi itu) berkata benar”. Maka setelah itu, baginda tidaklah melaksanakan solat kecuali beliau mengucapkan di akhir solatnya “Ya Allah, pemelihara Jibril dan Mikail dan Israfil, lindungilah aku dari panasnya api neraka dan azab kubur"[Riwayat an-Nasa’i di dalam kitab Sunannya, 13/794; juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad 13/1113, no. 23188]

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Jadi sebaiknya kepada kaum adam, selepas ini tolong kencing duduk/cangkung. Selepas habis kencing, berdehem sebanyak 3 kali atau lebih supaya sisa-sisa air kencing dikeluarkan sepenuhnya.. kemudian cuci kemaluan tuan2 dengan air..InshaAllah tuan2 akan bersih dari najis dan ibadah diterima Allah..

Jangan ambil remeh pasal kebersihan ini, kerana kalau diri tidak bersih dari najis, solat tidak akan sah dan tidak akan diterima Allah..




No comments:

Post a Comment