Wednesday, January 4, 2017

Nikmat Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..

Syukur kerana Allah telah mengurniakan hati untuk kita berzikir dan memahami ayat2 Allah swt di dalam kitab agung Al Quran Nur Karim... 

Jangan lalaikan hati dengan perkara2 yang haram dan melalaikan.. Senantiasalah berzikir di dalam hati sebagai tanda syukur kepada Allah swt yang telah mengurniakan kita pelbagai nikmat yang tidak dapat dihitung dengan jari..

Jangan jadi seperti di dalam surah ini ;

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)

No comments:

Post a Comment