Wednesday, January 11, 2017

Semak Berita Sebelum Sebar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Zaman sekarang, zaman penuh fitnah... Fitnah tentang alim ulamak, selebriti, orang awam dan ramai lagi... Jadi, sebagai muslim sejati, kita perlu semak berita sebelum sebarkan.. Atau lebih baik kita berdiam sahaja...

Di dalam Al Quran Allah berfirman ;

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Jangan kerana lidah atau tulisan kita binasi... Sebab itu perlu selidik dahulu sesuatu berita sebelum sampaikan kepada orang lain... Jika tidak selidik maka kita khuatir kita akan buat saham dosa... Nak lebih selamat, berdiam sahaja... 

No comments:

Post a Comment