Thursday, January 5, 2017

Tiada Paksaan Dalam Agama

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..

Dalam khidmat dakwah, kita tidak boleh memaksa seseorang untuk terima dakwah kita... Kita hanya menyampaikan sahaja, yang nak terima atau tidak itu terpulang kepada orang yang kita dakwah itu... Di dalam Al Quran Allah berfirman ;

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Jadi, jangan sesekali memaksa orang untuk terima dakwah kita.. Biarkan Allah yang memberi taufik dan hidayah kepada mereka.. Yang penting dakwah kita ikhlas semata2 untuk mendapat dan mencari keredhaanNya..

No comments:

Post a Comment