Wednesday, September 27, 2017

12 Azab Orang Yang Meninggalkan Solat

Sesungguhnya solat itu tiang agama dan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Meninggalkan solat dengan sengaja berdosa besar dan wajib untuk qadha solat yang ditinggalkan. Jika tidak qadha maka akan mendapat 12 azab. Azab tersebut terbahagi kepada 4 bahagian iaitu di dunia, ketika mati, di dalam kubur dan di padang mahsyar.

12 Azab Orang Yang Meninggalkan Solat

A) Di Dunia :
1) Allah akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya
2) Allah akan mencabut nur diwajahnya
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang beriman

B) Ketika Mati :
1) Roh dicabut ketika dia dalam keadaan yang sangat haus
2) Dia akan merasa amat pedih ketika rohnya dicabut
3) Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

C) Di Dalam Kubur :
1) Dia akan merasa susah untuk menjawab soalan dari Munkar dan Nakir
2) Kuburnya akan menjadi cukup gelap
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga tulang rusuk bertemu tulang rusuk

D) Di Padang Mahsyar :
1) Hisab ke atasnya menjadi berat
2) Allah sangat murka kepadanya

3) Allah akan menyiksanya dengan azab Neraka

Begitulah azab-azab untuk orang yang tinggalkan solat dengan sengaja. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, selagi kita hidup, pintu taubat masih terbuka. Jika kita ada tinggalkan solat, maka gantilah semampu kita. Allah Maha Penerima Taubat maka jangan pernah berputus asa dari rahmatNya..

Bersyukurlah dan cara untuk tunjuk kita bersyukur adalah dengan mengerjakan solat. Kita tidak rugi apa-apa kerana solat adalah kewajipan bagi semua orang Islam. Maka jagalah solat, inshaAllah Allah akan memberkatimu.. 

Sekian, terima kasih..