Saturday, January 7, 2017

Jangan Merasa Diri Mulia

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Tuan2 dan puan2, kita sewajarnya perlu tanamkan sifat tawadhuk dalam diri.. Kita kena sentiasa merendah diri dalam apa jua keadaan sekalipun...

Jangan pernah rasa diri kita mulia... Bila kita pandang orang yang lebih muda dari kita..kita kena rasa bahawa dia kurang dosa dan kita banyak dosa... Jika kita tengok orang yang lebih tua dari kita, kita kena rasa dia telah banyak buat amal dan amal kita sedikit... Bila kita pandang orang kafir, kita kena rasa dia lebih mulia dari kita sekiranya dia dapat hidayah...

Jangan pernah pandang rendah pada sesiapun.. Kena didik hati semua sentiasa rasa hina dan rendah daripada orang lain... Bilamana hati kita rasa diri kita lebih mulia, itu tanda-tanda sifat sombong mulai membenih dalam hati kita... Jadi, perlu untuk kita jaga hati supaya tidak merasa diri mulia atau lebih hebat daripada orang lain...

Untuk tanam sifat tawadhuk, kita kena sentiasa pandang orang sekeliling hatta batu sekalipun jauh lebih mulia daripada kita.. InshaAllah, jika kita istiqomah dengan sifat tawadhuk, kita akan mendapat martabat yang tinggi disisi Allah swt dan Allah akan mencintai kita seperti orang2 soleh dan solehah.. InshaAllah..

No comments:

Post a Comment