Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...
Kita dikira menzalimi sendiri jika tidak bertaubat dan beristighfar...
Nabi Muhammad saw sendiri bertaubat dan beristighfar lebih dari 70 kali sehari dan kita sebagai ummat Nabi Muhammad sememangnya patut lebih dari itu lagi..
Untuk bertaubat, kita boleh buat solat sunat taubat 2 rakaat... Cukuplah sehari sekali sahaja dan masa paling afdal untuk solat sunat taubat adalah pada waktu 1/3 malam iaitu jam 3 pagi ke atas..
Orang yang sentiasa beristighfar..inshaAllah, Allah akan keluarkan dia dari kesempitan dan memberi rezeki yang tidak disangka-sangka.. di dalam hadis ada menyebut tentang fadhilat istighfar
Dari Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Barangsiapa yang senantiasa beristighfar niscaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rizki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Abu Daud no. 1518, Ibnu Majah no. 3819, Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra no. 6421 dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam Al-Kubra no. 10665)
Ayuh kita sentiasa bertaubat dan beristighfar setiap hari walaupun kita tidak membuat dosa pada hari itu.. anggaplah kita membuat dosa setiap hari...
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan memasukkan kita ke dalam Jannatul Firdaus..inshaAllah... amin amin Allahuma amin... :)
No comments:
Post a Comment