Sunday, December 25, 2016

Nikmat Syurga Dari Allah Sang Pencipta

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian... Hari ini kita mahu banyak2 bersyukur dengan nikmat pemberian Allah swt.. Allah yang menjadikan kita daripada tiada kepada ada.. maka wajarkan kita kufur akan segala nikmatNya?


Sememangnya kita tidak wajar mengkufuri akan segala nikmat pemberian Allah. Marilah kita sama2 sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur...mudah-mudahan kita akan ditempatkan di tempat yang terpuji di akhirat kelak... Amin amin...Allahuma amin..



Kita hidup di dunia ini adalah semata-mata untuk beribadat kepadaNya.. ini telah tercatat di dalam surah yang ke 51 dari 114 surah Al Quran yang berbunyi :


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.


Mereka yang beribadat ikhlas kerana Allah taala akan mendapat ganjaran Syurga. Di dalam Syurga terdapat bermacam2 kenikmatan.



Nikmat paling besar di dalam Syurga adalah melihat wajah Allah. Ini tercatat dalam surah yang ke 75 dari 114 Surah Al Quran yang berbunyi :


Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Melihat kepada Tuhannya.


Semoga kita mendapat Syurga yang paling tinggi iaitu Syurga Firdaus.. InshaAllah..

No comments:

Post a Comment