Monday, December 26, 2016

Hawa Nafsu dan Syaitan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.

Sebagai manusia, Allah telah mengurniakan nafsu... Dengan adanya nafsu ini.. Manusia makan, minum dan tidur... Berbeza dengan malaikat kerana malaikat tidak mempunya nafsu..

Di dalam Al Quran Allah berfirman :


Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?


Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Syaitan juga tidak pernah berputus asa menggoda manusia supaya tersesat dari jalanNya.. atas sebab itu kita perlu tingkatkan amal dan ilmu supaya kita tidak terpesong dari jalanNya... sentiasalah berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk ke jalan yang benar..

Moga2 kita menjadi hambaNya yang taat pada perintah dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah swt.. inshaAllah..

No comments:

Post a Comment