Friday, December 30, 2016

Fitnah Dajjal

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan buat tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..


Tiada fitnah yang paling besar di akhir zaman kecuali fitnah Dajjal.. Orang yang tidak sempurna iman dan amalnya pasti akan terikut dengan dakyah Dajjal.. Dajjal akan mengaku dirinya sebagai Tuhan kerana dapat menghidupkan orang yang mati..



Sebagai muslim sejati, kita sewajarnya bersiap sedia dalam menghadapi fitnah Dajjal ini.. Sebelum Dajjal keluar, Imam Mahdi sudah ada dan ketika itu Imam Mahdi akan berperang dengan orang2 musyrik, kafir, munafik, syiah dan pelbagai lagi fahaman yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah Waljamaah.. 



Tuan2 dan puan2, makanan dan minuman ketika Dajjal berkuasa ketika itu adalah zikir.. jika kita tidak melazimkan zikir pada hari ini, kita takut kita akan meminta makanan dan minuman dari Dajjal lalu menjadi pengikut Dajjal.. Sesiapa yang mengikut Dajjal maka mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka bersama2 dengan Dajjal..



Marilah, mulai hari ini kita amal surah Al Kahfi ayat 10 awal dan 10 akhir.. Di syarankan baca pada setiap hari Jumaat atau pada hari2 lain yang tuan2 dan puan2 mampu.. InshaAllah, Allah akan menghindarkan kita dari fitnah Dajjal laknatullah..



Dajjal boleh pergi ke mana2 tempat di dunia ini kecuali Mekah dan Madinah kerana 2 tempat ini Allah menghantar malaikat2 yang gagah perkasa untuk mengawal dari dimasuki Dajjal..



Kemudian, Nabi Isa as akan turun ke bumi dan akan membunuh Dajjal.. Ketika itu Dajjal berada dalam ketakutan yang amat sangat kerana dia sudah tahu bahawa ajalnya sudah hampir.. Maka ditombaklah oleh Nabi Isa as kepada Dajjal lalui matilah ia dalam keadaan kafir..


No comments:

Post a Comment