Thursday, December 29, 2016

Asiah Si Isteri Firaun

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.. 


Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana Allah telah memberi nikmat iman dan Islam dalam hati kita..



Jika tuan2 dan puan2 baca keseluruhan terjemahan Al Quran, terlalu banyak Allah ceritakan kisah si Firaun yang terlaknat.. dia terlaknat kerana telah banyak menzalimi rakyat2nya, memecah belahkan rakyatnya dan melakukan banyak kerosakan di muka bumi..



Tahukah tuan2 dan puan2, Asiah si isteri Firaun tetap beriman kepada Allah swt Yang Maha Pemurah walaupun diseksa oleh Firaun yang durjana.. 



Di dalam Al Quran, Allah merakamkan doa Asiah ;


Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";


Marilah sama-sama ambil iktibar dari kisah Asiah ini buat pedoman hidup kita di dunia yang penuh dengan tipu daya.. Amin amin Allahuma amin..

No comments:

Post a Comment