Thursday, December 29, 2016

Kami Rindu Padamu Ya Rasulullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Kita sewajarnya bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad saw dan marilah kita tanam cinta dan rindu kepada Nabi kita yg teramat mulia ini dengan melazimkan selawat ke atasnya.. 


Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.


Masihkah anda ingat semasa baginda berdakwah di Taif? Baginda di baling batu hingga mengalir darah hingga ke kakinya... Lalu malaikat Jibril as menawarkan untuk hancurkan mereka dengan menghempaskan gunung ganang namun baginda menolak dengan baik.. Baginda amat pengasih walaupun berada dalam kesakitan yang amat sangat.. 



Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah memilih kita menjadi ummat Nabi Agung Muhammad saw... !



Tahukah anda, nabi Musa as pernah berdoa untuk menjadi ummat Nabi Muhammad saw tetapi Allah tidak mengkabulkan doanya.. Hanya Nabi Isa as sahaja yang akan menjadi ummat Nabi Muhammad saw.. Lihatlah betapa bahagianya menjadi ummat baginda..





No comments:

Post a Comment