Friday, December 30, 2016

Siti Maryam Anak Imran

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Siti Maryam adalah wanita agung kerana keimanannya kepada Allah tidak ternilai dengan dunia dan isinya... 



Allah menguji Siti Maryam dengan menghantar Jibril as dan ketika itu Jibril as berbentuk rupa yang sangat sempurna, namun itu tidak dapat menggugat keimanan Siti Maryam terhadap Allah Sang Pencipta..



Allah merakam kisah Siti Maryam di dalam surah surah Maryam ;


Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.

Ia berkata: "Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci".

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"

Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.


Nabi Adam as dicipta tanpa ayah dan ibu dan Nabi Isa as dilahirkan tanpa ayah.. Ini menunjukkan kekuasaan Allah dalam penciptaan.. Allah boleh cipta sesuatu dengan asbab dan tanpa asbab...



Marilah kita ambil iktibar dari kisah Siti Maryam ini agar kita menjadi hambaNya yang patuh dan taat dengan perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya... 

No comments:

Post a Comment