Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..
Nabi sangat suka kepada kucing dan kucing kesayangan baginda diberi nama Muezza..
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Orang yang tidak ada belas kasihan terhadap kucing seperti menyeksa kucing akan dimasukkan ke dalam Neraka
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Marilah kita sayang kucing dan haiwan2 yang lain. Mereka juga punya perasaan seperti kita cuma bezanya mereka tiada aqal..
No comments:
Post a Comment