Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya sayangi sekalian..
Beza manusia dan haiwan adalah manusia mempunyai aqal manakala haiwan tidak mempunyai aqal..
Dengan aqal ini manusia berinovasi dalam penciptaan teknologi2 canggih seperti penciptaan telefon pintar, komputer riba, bangunan yang tinggi dan macam2 lagi..
Sebagai orang Islam, kita sewajarnya meminta agar diberi kebijaksanaan sepertimana Allah telah mengurniakan hikmah kebijaksanaan kepada Luqman.. Mintalah hikmah kebijaksanaan untuk digunakan dalam dakwah.. inshaAllah, Allah akan kabulkan permintaan tuan2 dan puan2..
Allah merakam di dalam surah Luqman yang berbunyi.. :
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Jadi, jika tuan2 dan puan2 ingin memperoleh hikmah kebijaksanaan, tuan2 dan puan2 bolehlah baca surah Luqman ayat 12 dalam bahasa Arab.. inshaAllah, Allah Maha Pemurah.. :)
No comments:
Post a Comment