Sunday, March 12, 2017

Mati Itu Sangat Dekat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...

Bercakap tentang mati, kita semua akan mati..Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.. Allah Tetap Kekal Hidup buat selama-lamanya...

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Maut bakal menjemput kita di mana sahaja kita berada.. Jika sudah sampai ajal kita, pasti dan pasti kita akan bertemu dengan maut.. Dalilnya :

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?

Persoalannya, adakah kita sudah bersiap sedia menghadapi kematian? Kita tidak boleh fikir.. "Bila aku tua nanti barulah aku siap2 untuk mati".. Tuan2 dan puan2, mati tidak semestinya tua... Mati tidak semestinya kena sakit sebabnya apa2 kondisi kita, jika sudah sampai ajal pasti kita akan mati jua..

Hari ini kita mesti sedar bahawa kita hidup tidak lama. Pada bila2 masa sahaja kita boleh mati. Oleh itu, marilah sama2 kita bersiap sedia menghadapi mati.. 

No comments:

Post a Comment