Thursday, February 23, 2017

Carilah Cinta Hakiki

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Cinta? Semua kenal apa itu cinta.. namun cinta yang sebenar adalah cinta hakiki.. yang tidak akan pudar malah akan sentiasa bertambah... Carilah cinta hakiki iaitu cinta kepada Sang Illahi.. Cinta kepada makhluk akan pudar malah ada yang mengecewakan namun cinta hakiki tidak akan pudar malah kekal buat selama2nya...

Untuk cinta hakiki, kita semestinya perlu tanamkan akan rasa kasih sayang kepada Allah swt.. Kerana Dialah yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada... Kita insan lemah yang tiada punya kuasa apa2.. Masakan kita tidak bersyukur kepada sang Pencipta Yang Maha Kuasa... 

Setiap hari berdoalah untuk diilhamkan rasa syukur kepadaNya.. Dialah yang sepatutnya kita bersyukur.. Barangsiapa yang bersyukur, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada mereka yang bersyukur.. Akan tetapi jika kita kufur akan nikmat, maka sesungguhnya azab Allah itu tersangatlah pedih... 

Teruskan mencintai Allah swt lebih dari mencintai diri sendiri kerana itulah cinta yang sebenar dan tidak akan pudar buat selamanya... Moga2 Allah kurniakan kita nikmat untuk melihat wajahNya di Syurga kelak... Amin Ya Allah... 

No comments:

Post a Comment