Monday, December 26, 2016

Celakalah Si Iblis dan Firaun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan pua2 yang saya hormati sekalian..


Sungguh celaka Iblis dan Firaun kerana mereka ingkar dan derhaka kepada Allah swt



Ketika Allah menciptakan Nabi Adam as, Allah memerintahkan seluruh malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam as.. Namun dia ingkar akan perintah Allah swt kerana dia merasa dia lebih baik dari Nabi Adam as..



Iblis ada memohon supaya Allah tangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat.. Ketika hari kiamat nanti, Allah akan menurunkan pakaian kemurkaanNya kepada malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya dengan berlipat kali ganda dan tidak terperi sakitnya...



Manakalah Firaun, dia diberi banyak nikmat dari Allah swt.. dengan zalimnya dia mengata dirinya Tuhan walhal Allah yang menciptakan dia dari tiada kepada ada..


Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.


Marilah kita ambil pelajaran dari kisah iblis dan Firaun ini supaya kita menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.. InshaAllah.. :)

No comments:

Post a Comment