Wednesday, February 22, 2017

Maut? Bersediakah kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...

Maut? Sudah bersediakah kita?... Maut ini datang tidak kira siapa diri kita.. Tua atau muda tidak menjadi kayu ukur.. Ada orang mautnya datang sewaktu masih di usia yang muda.. Ada orang yang mautnya datang ketika waktu tua... Maut juga boleh datang ketika sihat mahupun sakit... Tidak semestinya kena sakit baru mati... Jadi pengajaran yang kita dapat, kita kena bersiap sedia dari sekarang.. 

Tuan2 dan puan2, selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita masih ada peluang untuk bertaubat.. Jadi jangan pernah tinggalkan solat sunat taubat setiap hari walaupun pada hari itu kita tidak melakukan sebarang dosa.. Kita mesti anggap kita sentiasa buat dosa dan bersalah kepada Yang Maha Perkasa...
Oleh yang demikian, sentiasalah lazimkan istighfar setiap hari dan solat sunat taubat 2 rakaat..

Untuk solat sunat taubat, boleh niat dalam bahasa melayu iaitu :
" Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah taala"
Rakaat pertama baca Al Fatihah dan apa2 surah yang kita tahu... Begitu juga rakaat yang kedua.. Selepas habis solat, istighfar banyak2 dan berdoa memohon keampunan untuk dosa yang masa lalu, sekarang dan masa akan datang. Allah itu Maha Pengampun.. Biarpun dosa kita sebanyak buih2 di lautan, itu tidak bermakna kita tidak boleh memohon keampunan dari Sang Pencipta alam.. 

Semoga kita semua diberi pengampunan oleh Allah swt dan dimasukkan ke dalam rahmatNya... Amin amin Allahuma amin...

Sunday, January 29, 2017

Bersyukurlah Wahai Kaum Hawa Sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..




Untuk kaum hawa, bersyukurlah kerana anda semua senang nak masuk Syurga, Malaikat mempelawa kalian masuk ke mana-mana pintu Syurga dengan syarat kalian solat 5 waktu, puasa, jaga kehormatan dan taat kepada suami... 
Kami kaum adam lebih susah nak masuk Syurga kerana tanggungjawab kami lebih berat.. Kami kena jaga 4 orang wanita, jika kami tak jaga dan menitikberatkan, kami akan ditarik ke dalam Neraka oleh 4 wanita ini :
1) Ibu
2) Adik/Kakak perempuan
3) Isteri
4) Anak perempuan
Bersyukurlah wahai kaum hawa sekalian...

Saturday, January 28, 2017

Ciri-Ciri Bidadari

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Disini saya ingin kongsikan ciri-ciri bidadari... luangkan masa tuan2 dan puan2 untuk membacanya... :)

Ibnu Al-Qayyim menawan hati para pendengar dengan ucapannya ketika dia menggambarkan bidadari di dalam syurga sebagai berikut, "Jika engkau bertanya tentang para bidadari, maka ketahuilah bahawa mereka adalah gadis-gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda. Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai. Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan. 

  • Jika berbicara dengan kekasihnya, maka bagaimanakah bayanganmu ketika dua kekasih saling berbicara. Ketika memeluk kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan ketika dua dahan sedang berpelukan. Keindahan badannya dapat dilihat dari pipinya, seperti keindahan cermin dapat dilihat kemilaunya. Betisnya sangat mempersonakan, dagingnya dapat terluhat kerana tidak terhalangi oleh kulit, tulang dan perhiasannya.
  • Andaikata bidadari menampilkan diri di dunia, maka bau harumnya akan semerbak antara langit dan bumi dan bumi dan mulut setiap orang akan mengucapkan kalimat tahlil, takbir dan tasbih kerana terpegun oleh keindahannya. Keindahannya akan meperindahkan timur dan barat, keindahannya akan menjadikan mata orang menutup dari yang lain. Sinar wajahnya akan meredupkan cahaya matahari, seperti sinar matahari meredupkan cahaya bulan. Tudung yang menutupi kepalanya lebih bagus dari dunia dan seisinya. Keinginannya untuk menemui kekasihnya merupakan idola utama.
  • Dengan bertambahnya masa, tingginya tidak bertambah kecuali makin memperindah dan mempercantik. Makin bertambahnya masa, maka rasa kecintaan dan kecenderunganya kepada kekasihnya makin bertambah. Dia terbebas dari mengandung, beranak, haid dan nifas. Dia suci dari hingus, ludah. kencing, berak dan seluruh kekotoran. Keremajaannya tidak pernah berkurang. Pakaiannya tidak pernah lusuh. Kecantikannya tidak pernah pudar. Keharuman baunya tidak pernah sima. Pandangan matanya hanya ditujukan bagi kekasihnya, bukan untuk yang lain, demikian pula kekasihnya.
  • Jika dipandang, maka dia menyenangkan hati yang memandangnya. Jika disuruh maka dia menaatinya. Jika ditinggal pergi maka dia menjaga kepercayaan kekasihnya dan kesucian dirinya. Dia belum pernah disentuh oleh manusia atau jin pada waktu sebelumnya. Setiap kali kekasihnya memandangnya, maka hatinya bergembira. Setiap kali berbicara dengannya, maka telinganya merasa sejuk oleh keindahan tutur katanya.
  • Jika dia tampil, maka cahayanya akan memenuhi istana dan kamarnya. Jika engkau bertanya tentang usianya, maka usianya sama dengan gadis remaja yang sebaya. Jika engkau bertanya tentang kecantikannya, maka kecantikannya sama dengan matahari dan bulan. Jika engkau bertanya tentang matanya, maka warna hitam dan putih bola matanya sangat mempesona.
  • Jika engkau bertanya tentang lekuk tubuhnya, maka engkau lihat bagai keindahan dalam pepohonan. Jika engkau tanya tentang kemontokan tubuhnya, maka bagai gadis remaja dan kelembutan kulitnya bagai buah delima. Jika engkau bertanya tentang warna kulitnya, maka dia bagai batu permata yaqut dan marjan. Jika engkau tanya tentang senyumannya maka dapat engkau bayangkan betapa mempesonanya ketika seorang bidadari tersenyum pada kekasihnya di dalam syurga.
  • Jika dia berpindah dari satu kamar ke kamar yang lain, dia bagaikan matahari yang berpindah-pindah. Jika dia berkenca dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa mesranya hubungan keduanya. Jika dia berpelukan dengan kekasihnya, maka dapat kamu bayangkan betapa nikmatnya antara keduanya.
  • Pembicaraannya mempersonakan dan lugu bagai seorang yang tidak pernah membuat salah, Meskipun telah sangat lama duduk dengannya, tetapi masih dirasa kurang oleh teman duduknya. Jika dia bersenandung, maka betapa merdu suaranya.
  • Jika dia sedang bersama dengan kekasihnya, maka betapa senangnya kesempatan itu, Jika engkau menciumnya, maka engkau rasa tidak ada yang lebih menyenangkan dari ciuman itu, Jika dia memberimu sesuatu, maka tidak ada yang lebih lazat dan lebih menyenangkan daripada pemberiannya.

Wednesday, January 25, 2017

Untuk Kaum Adam! Lebih Afdal Kencing Duduk Selepas Ini!


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.. Pada posting kali ini saya ingin berpesan kepada tuan2 dan puan2 especially kaum adam supaya tidak lagi kencing berdiri.. Apabila kita kencing berdiri, air kencing akan terpercik kepada pakaian kita dan sisa-sisa air kencing akan mengalir selepas kita kencing..Bayangkan jika tidak dibersihkan air kencing, solat tuan2 dan puan2 tidak sah kerana tidak bersih dari najis.. Dan untuk pengetahuan tuan2 dan puan2, banyak azab kubur kerana tidak membersihkan air kencing.. Di dalam hadis :

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw bersabda, "Bersihkanlah diri air kencing. Kerana kebanyakkan siksa kubur berasal dari bekas air kencing tersebut". (Riwayat Ad Daruquthni, hadis ini sahih)


“Seorang wanita Yahudi menemuiku dan berkata “Azab kubur itu boleh terjadi kerana air kencing (yang tidak sempurna disucikan)”. Aku (Aisyah) pun berkata “Kamu berdusta”. Dia berkata “Benar, bahkan jika salah seorang kami siap untuk memotong kulit dan pakaian kami (jika terkena air kencing)”. Kemudian Rasulullah saw keluar hendak solat, baginda mendengar suara kami yang keras, maka baginda bertanya “Ada apakah ini?”. Lalu aku memberitahu apa yang dia katakan. Nabi saw bersabda “Dia (orang Yahudi itu) berkata benar”. Maka setelah itu, baginda tidaklah melaksanakan solat kecuali beliau mengucapkan di akhir solatnya “Ya Allah, pemelihara Jibril dan Mikail dan Israfil, lindungilah aku dari panasnya api neraka dan azab kubur"[Riwayat an-Nasa’i di dalam kitab Sunannya, 13/794; juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad 13/1113, no. 23188]

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: Rasulullah saw. pernah melewati dua buah kuburan, lalu beliau bersabda: Ingat, sesungguhnya dua mayit ini sedang disiksa, namun bukan karena dosa besar. Yang satu disiksa karena ia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa karena tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua. Setelah itu beliau menancapkan salah satunya pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)

Jadi sebaiknya kepada kaum adam, selepas ini tolong kencing duduk/cangkung. Selepas habis kencing, berdehem sebanyak 3 kali atau lebih supaya sisa-sisa air kencing dikeluarkan sepenuhnya.. kemudian cuci kemaluan tuan2 dengan air..InshaAllah tuan2 akan bersih dari najis dan ibadah diterima Allah..

Jangan ambil remeh pasal kebersihan ini, kerana kalau diri tidak bersih dari najis, solat tidak akan sah dan tidak akan diterima Allah..




Tuesday, January 24, 2017

Jika Tidak Selamat Di Alam Kubur, Maka Hadapannya Lebih Susah

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..



Kubur adalah tempat yang kita akan singgah selepas kita mati.. Jika selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih mudah... Jika tidak selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih susah.. Baca kisah ini..

=======================================================================

Suatu hari, Sayidina Usman r.a. berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba-tiba Usman berhenti melangkah dan terdiam, Kemudian, air matanya mengalir setitis demi setitis, hingga membasahi janggutnya.

Melihat Usman menangis teresak-esak di tepi kuburan itu, datang seorang sahabat lalu bertanya : “Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa engkau memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engkau berjalan di tepi kuburan, engkau menangis pula. Apa sebabnya wahai Amirul Mukminin?”

Jawab Usman : “Kerana Nabi telah bersabda, ‘Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia. Sesiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sudahnya adalah lebih ringan. Dan sesiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi.’”

Usman mengesat air matanya, kemudian menyambung, “Jika aku di neraka, aku akan bersama manusia lain, jika aku di alam akhirat, aku pun bersama manusia lain, tetapi jika aku berada di alam kubur maka tiada seorang manusia pun bersamaku. Tinggallah aku bersendirian saja di alam pusara. Itulah sebabnya aku menangis.”

=======================================================================

So main point nya yang kita dapat, jika selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih mudah, jika tidak selamat di alam kubur, maka hadapannya lebih susah.. 

Tahukah tuan2 dan puan2, ada surah di dalam Al Quran yang dapat cegah pembacanya dari terkena azab kubur? Surah tersebut adalah surah Al Mulk.. Surah yang ke-67 dari 114 surah Al Quran..

Jadi disini kita dah nampak clue untuk tempuh alam yang seterusnya selepas alam kubur dengan mudah adalah dengan membaca surah Al Mulk.. 

Tuan2 dan puan2 perlu sedar, tidak semestinya kena sakit baru mati...dan tidak semestinya kena tua baru mati sebab kematian boleh menjemput tidak kira umur, sakit/sihat, tua/muda.. Kematian juga tidak kira siapa tuan2 dan puan2.. Jika ajal sudah sampai, pasti dan pasti tuan2 dan puan2 termasuk saya sendiri akan hadapinya...

Jadi saya nak berpesan kepada diri saya dan tuan2 dan puan2, amal dan bacalah surah Al Mulk setiap malam iaitu selepas solat maghrib.. ajar juga kepada keluarga tuan2 dan puan2 serta kawan2 atau siapa sahaja yang tuan2 dan puan2 mahu..

Saya nak kongsikan tips bagaimana kita dapat istiqomah untuk baca surah Al Mulk setiap malam :
1) Niatkan dan azam untuk baca setiap malam iaitu selepas solat maghrib atau sebelum tidur
2) Paksa diri untuk baca.. Memang mula2 akan rasa susah..InshaAllah lama2 akan rasa ringan je sebab dah biasa
3) Kongsikan dan ajak orang lain untuk baca surah Al Mulk. Sebab biasanya kalau kita ajak orang lain kita akan rasa.. "eh aku dah ajak orang lain baca, takkanlah aku tak baca? Malu aku nanti"

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada tuan2 dan puan2.. 

Sunday, January 22, 2017

Khusyukkan Solatmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama islam. Solat boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah rumah. Yang mana apabila runtuhnya tiang seri utama itu maka akan runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang seri yang lain tidak mampu untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri utama dek kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.

Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat dikira sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali disoal apabila kita dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah solat. Selagi mana tidak selesai solat kita dihisab maka selagi itulah amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira. Dalam solat pula kita amatlah di tuntut untuk khusyuk. Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud ;


Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Ada beberapa cara untuk khusyuk dalam solat, antaranya :

1) Memamahi maksud-maksud yang di ucap dalam solat
2) Anggap solat terakhir
3) Fokus 100% dalam solat
4) Menyadari bahawa kita di hadapan Allah swt
5) Solat pada waktunya dan tidak terburu-buru
6) Solat dalam suasana tenang dan aman

Semoga kita semua dapat khusyuk dalam solat. Jangan pernah putus asa untuk mencapai khusyuk dalam solat. Teruskan usaha.. InshaAllah pasti berhasil..

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

Thursday, January 19, 2017

8 Jenis Rezeki Dari Allah swt

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Ada 8 rezeki dari Allah swt ;


1.Rezeki Yang Telah Dijamin

Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

2.Rezeki Kerana Usaha

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
(An-Najm 53:39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".(Ibrahim 14:7)

4. Rezeki Tak Terduga

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
(At-Talaaq 65:2
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


5. Rezeki Kerana Istighfar

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Nuh 71:10)

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).


6. Rezeki Kerana Menikah

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
(An-Nuur 24:32)

7. Rezeki Kerana Anak

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
(Al-Israa' 17:31)

8. Rezeki Kerana Sedekah
Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.




Semoga Allah memberi kita rezeki yang tidak putus-putus. Amin Amin Allahuma Amin..