Wednesday, December 28, 2016

Celakalah Si Munafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan buat tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..


Sungguh celaka mereka yang mati dalam keadaan munafik.. Orang munafik yang mati sebelum sempat bertaubat akan menerima azab yang amat memedihkan..



Orang munafik akan ditempatkan di Neraka yang paling bawah.. Ini bermakna, siksa mereka berlipat kali ganda daripada orang kafir..



Ada 4 ciri-ciri orang munafik :

1) Bila bercakap, ia berdusta
2) Bila diberi amanah, ia khianat
3) Bila berjanji, ia mungkir janji
4) Bila berdebat, ia curang


Check balik samaada kita ada ciri-ciri tersebut atau tidak.. Jika ada, maka bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Penerima taubat.. Jika tiada, Alhamdulillah.. moga2 Allah mematikan kita dalam iman dan Islam.. Amin amin Allahuma amin.. 

Neraka Saqar

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian... 


Syukur kepada Allah kita semua diberi peluang untuk menghirup udara untuk meneruskan hidup.. Marilah kita tunjukkan syukur kita kepada Allah dengan melakukan solat 5 waktu sehari semalam...



Untuk orang yang tinggalkan solat, Allah akan memasukkannya ke dalam Neraka Saqar.. Allah berfirman.. :



(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?"

(Al-Muddaththir 74:42)

Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
(Al-Muddaththir 74:43)



Panas api dunia kita tak dapat tahan walau 5 saat..inikan pula api Neraka yang 70 kali ganda lebih panas dari api dunia.. Mudah-mudahan kita sentiasa menjaga solat 5 waktu sehari semalam agar kita beroleh rahmat dan redha Allah swt..

Tuesday, December 27, 2016

Alam Roh

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Sekarang ini kita berada di alam ketiga selepas alam rahim dan alam roh..



Di dalam alam roh, kita semua telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan kita...


Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


Jadi, tiada alasan untuk tidak beramal bagi meraih keredhaan dan keampunan dariNya... :)

Dasyatnya Surah Al Ikhlas!

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...


Pertanyaan,

Adakah tuan2 dan puan2 boleh mengkhatamkan Al Quran selama 3 minit?
Boleh ke boleh?
Jawapannya boleh.. Kerana jika tuan2 puan2 baca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali, ia menyamai pahala sebanyak 1 khatam Al Quran... dahsyatkan?? 


Saya sarankan untuk tuan2 dan puan2 baca surah Al Ikhlas 3 kali setiap lepas solat.. Jika 1 hari, tuan2 puan2 akan dapat 15 kali bacaan surah Al Ikhlash... Tak susah pun nak baca surah ini sebab surahnya pendek sahaja tetapi powerful..!



Jika tuan2 puan2 rindu dengan orang kesayangan yang telah pergi meninggalkan tuan2 puan2, maka sedekahkanlah bacaan surah ini kepada mereka.. Sebab mereka ternanti2 sedekah dari orang dunia.. Wallahu'alam bissawab.. :)

Hebatnya Surah Al Mulk

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..



Ada 1 surah di dalam Al Quran yang dapat menyelamatkan kita dari terkena azab kubur dan surah itu adalah surah Al Mulk, surah yang ke-67 dari 114 surah Al Quran..




Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib telah menceritakan kepada kami Yahya bin ‘Amru bin Malik An Nukri dari Ayahnya dari Abul Jauza` dari Ibnu Abbas, ia berkata; “Sebahagian sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat kemah di atas pemakaman, ternyata ia tidak mengira jika berada di pemakaman, tiba-tiba ada seseorang membaca surat Tabaarokalladzi bi yadihil mulk (Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan) “, sampai selesai. Kemudian dia datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata; “Wahai Rasulullah sesungguhnya, aku membuat kemahku di atas kuburan dan saya tidak mengira jika tempat tersebut adalah kuburan, kemudian ada seseorang membaca surat Tabarok (surat) Al Mulk sampai selesai, ” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dia adalah penghalang, dia adalah penyelamat yang menyelamatkannya dari siksa kubur.” Abu Isa (At Tirmidzi) berkata; Dari jalur ini, hadits ini hasan gharib. Dan dalam bab ini, ada hadits dari Abu Hurairah. (HR. Tirmidzi no. 2890)




Ayuh, sama2 berazam untuk baca surah Al Mulk tiap2 malam selepas solat maghrib... Permulaan memang agat liat, inshaAllah lama2 akan terbiasa sendiri.. 30 ayat sahaja..tidak memakan masa lebih dari 10 minit pun.. :)

Iman dan Amal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Orang yang beriman sudah pastinya Islam.. Dan orang Islam tidak semestinya beriman..


Rukun iman ada 6 perkara.. Jika tinggalkan salah satu maka tidak sempurna imannya..



1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada kitab-kitab
4. Beriman kepada Rasul-rasul
5. Beriman kepada Hari Kiamat
6. Beriman kepada qada' dan qadar



Jika telah mendapat ilmu yang benar dan shahih, pastikan kita beramal dengan ilmu tersebut... Orang yang beramal dengan ilmu yang dia peroleh, maka darjatnya ditinggikan oleh Allah swt


Jadi marilah sama2 kita tingkatkan amal kita kerana Allah swt.. Moga2 Allah tempatkan kita dalam golongan yang soleh dan solehah.. Amin amin Allahuma amin.. :)

Monday, December 26, 2016

Celakalah Si Iblis dan Firaun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan pua2 yang saya hormati sekalian..


Sungguh celaka Iblis dan Firaun kerana mereka ingkar dan derhaka kepada Allah swt



Ketika Allah menciptakan Nabi Adam as, Allah memerintahkan seluruh malaikat dan iblis untuk sujud kepada Nabi Adam as.. Namun dia ingkar akan perintah Allah swt kerana dia merasa dia lebih baik dari Nabi Adam as..



Iblis ada memohon supaya Allah tangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat.. Ketika hari kiamat nanti, Allah akan menurunkan pakaian kemurkaanNya kepada malaikat Izrail untuk mencabut nyawanya dengan berlipat kali ganda dan tidak terperi sakitnya...



Manakalah Firaun, dia diberi banyak nikmat dari Allah swt.. dengan zalimnya dia mengata dirinya Tuhan walhal Allah yang menciptakan dia dari tiada kepada ada..


Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.


Marilah kita ambil pelajaran dari kisah iblis dan Firaun ini supaya kita menjadi orang yang berjaya dunia akhirat.. InshaAllah.. :)