Friday, February 1, 2019

Hikmah Petir Di Langit



Kebiasannya petir muncul sebelum hujan dan semasa hujan turun ke bumi. Adakala ia muncul tanpa hujan. Itu tanda kekuasaan Allah yang Maha Besar. Di dalam firmanNya :

Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).

Ya, mendengar petir berdentum di langit sangat menakutkan kerana bunyinya yang amat luar biasa, boleh jadi dengan petir itu kita kehilangan pendengaran. Petir juga adalah makhluk Allah swt yang senantiasa bertasbih. Ini dapat dibuktikan di dalam firmanNya :

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.

Hikmah Petir di langit

Petir menjadi suatu tanda keagungan ciptaanNya. Hikmah petir adalah Allah ingin memperingatkan kepada seluruh makhlukNya terutama jin dan manusia bahawa di akhirat kelak, bunyi dan siksaan kepada mereka yang kafir dan ingkar adalah lebih besar dan dahsyat lagi. Mudah-mudahan kita berada sentiasa di bawah lindunganNya kerana kita takut dengan azab Allah yang Maha Keras lagi Maha Berat itu..



No comments:

Post a Comment