Thursday, November 9, 2017

Kelebihan Surah As Sajdah


Kelebihan Surah As Sajdah :


1. Khalid bin Ma’dan ra. Berkata, “Bacalah surat Almunjiah (yang menyelamatkan) yaitu alif lam tanzil As sajdah, sebab saya mendapat keterangan bahwa ada seorang yang biasa membacanya, dan tidak membaca lain-lainnya, sedang ia banyak berdosa, tiba-tiba surat ini menghamparkan sayapnya dan berkata : Ya Rabbi ampunilah orang ini, kerana ia selalu membacaku, maka Allah menerima pembelaan (syafa’at)nya, dan berfirman: Tulislah untuk hamba-Ku itu ditempat tiap dosa dengan kebaikan dan naikkan derajatnya.” (R. Addarimi).
Di lain riwayat: Sesungguhnya surat ini akan membela pada orang yang membacanya di dalam kubur, ia akan berkata: Ya Allah jika aku benar-benar dari kitab-Mu maka berilah padaku kesempatan memberi syafa’at padanya, jika tidak maka hapuslah aku dari kitab-Mu. Dan ia berupa burung yang menghamparkan sayapnya, membela dan melindungi dari seksa kubur.


2. Jabir ra. Berkata, “Biasa Nabi saw tidak tidur sehingga membaca surat Alif lam mim Tanzil As sajdah, dan Tabarakalladzi biyadhil mulku.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, An-Nasa’i, Al Hakim).


3. Bersabda Nabi saw., “Alif Lam miim As Sajdah datang di hari Kiamat dengan mempunyai dua sayap yang menaungi pembacanya, seraya berkata: Tak ada jalan bagi orang lain atas engkau, tak ada jalan bagi orang lain atas engkau.” (HR. Abu ‘Ubaid).


4. Dari Abu Hurairah ra. Bahwa Rasulullah saw. Bersabda, “Bila seorang anak Adam membaca surat “As Sajdah” kemudian ia bersujud, maka pergilah syaitan menepi seraya menangis dan berkata, “Betapa celakanya aku! Anak Adam diperintah untuk bersujud, ia pun bersujud, maka ia mendapatkan syurga, sedangkan aku diperintah untuk bersujud, aku pun enggan, maka aku mendapatkan neraka.” (HR. Abu Dawud, Nasa’i’I, Ibnu Majah, Ahmad, Muslim) Shahih.


5. Aljuwini dalam tafsirnya meriwayatkan dari Aban bin Abi Ayyasy berkata, “Ketika kami hadir matinya Muwarriq Al’ajali, dan ketika telah ditutup kain, kami berkata “Dia telah mati, tiba-tiba kami melihat nur (cahaya) memancar dari arah kepalanya sehingga menembus atap rumah, kemudian kami melihat nur (cahaya) yang memancar dari kakinya seperti itu, kemudian kami melihat cahaya nur yang lebih terang memancar dari perutnya, kemudian ia membuka tutup kainnya itu dan bertanya kepada kami, “Apakah kalian melihat sesuatu?” Jawab kami “Ya,” lalu kami ceritakan padanya semua yang kami lihat itu. Lalu ia berkata, “Itu surat As Sajdah yang saya baca tiap malam, sedang yang diatas kepala itu empat belas ayat dari permulaannya, dan yang di kaki itu empat belas ayat dari akhirnya, sedang yang ditengah itu ayat As Sajdah sendiri ia naik untuk memberikan syafa’atnya bagiku, sedang surat Tabarak masih tetap menjagaku. Kemudian ia mati kembali. (Dari kitab : Irsyadul ‘ibad ilasabilirrasyad).


6. Ibnu Abbas ra. Berkata, “Bahawa Rasulullah saw., biasa membaca dalam solat Subuh hari Jumaat pada rakaat pertama sesudah Al Fatihah adalah surat Alif laam mim As sajdah. Dan pada rakaat kedua sesudah Fatihah adalah surat Hal Ataa alal insaan. (R. Muslim).


Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.
1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.
2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.
4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.
5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.


Bila masa sesuai untuk baca surah As Sajdah ini? :
1) selepas solat maghrib atau sebelum tidur
2) bacalah bersama surah Al Mulk kerana baginda tidak akan tidur melainkan sudah membaca 2 surah ini

Begitu beruntung jika kita dapat istiqomah membaca surah As Sajdah dan Al Mulk setiap malam. Kata ulamak, itu tanda Allah nak bebaskan diri kita dari azab kubur.

Kisah Penciptaan Akal dan Nafsu

Allah menciptakan akal dan kemudian berfirman, ”Wahai akal menghadaplah engkau.” Maka akal pun menghadap Allah, kemudian Allah berfirman,”Wahai akal berbaliklah engkau.” Lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah berfirman, “Wahai akal siapakah aku?” Lalu akal pun menjawab, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu yang lemah.” Lalu Allah berfirman,”Wahai akal, tidak aku ciptakan makhluk yang lebih mulia dari engkau.”

Setelah itu Allah menciptakan nafsu, Allah pun berfirman, “Wahai nafsu, menghadaplah kamu.” Nafsu tidak menjawab sepatah kata pun malah mendiamkan diri. 
Kemudian Allah berfirman lagi, “Siapakah engkau, siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama 1000 tahun di neraka yang sangat panas!

Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman, “Siapakah engkau dan siapakah aku?” Lalu nafsu berkata, “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Setelah itu Allah menghukum nafsu selama 1000 tahun di neraka yang sangat dingin!

Kemudian Allah mengeluarkannya dan berfirman lagi,”wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab “aku adalah aku, engkau adalah engkau.” Lalu Allah berfirman,”Masih begitu juga engkau nafsu?” Lalu Allah masukan lagi nafsu ke neraka selama 1000 tahun dan dilaparkan! Setelah itu Allah berfirman kepada nafsu,”Wahai nafsu siapa kamu?” Lalu nafsu menjawab aku adalah hamba-Mu dan Engkau adalah tuhanku. Lalu Allah berfirman “Wahai nafsu sekarang engkau masuklah bersama tubuh anak Adam”
(Kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijriyah)

Saturday, October 21, 2017

Kisah Istighfar Si Pembuat Roti

Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid.
Akan tetapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya.
Kemudian Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut.
Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Wednesday, September 27, 2017

12 Azab Orang Yang Meninggalkan Solat

Sesungguhnya solat itu tiang agama dan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Meninggalkan solat dengan sengaja berdosa besar dan wajib untuk qadha solat yang ditinggalkan. Jika tidak qadha maka akan mendapat 12 azab. Azab tersebut terbahagi kepada 4 bahagian iaitu di dunia, ketika mati, di dalam kubur dan di padang mahsyar.

12 Azab Orang Yang Meninggalkan Solat

A) Di Dunia :
1) Allah akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya
2) Allah akan mencabut nur diwajahnya
3) Dia akan dibenci oleh orang-orang beriman

B) Ketika Mati :
1) Roh dicabut ketika dia dalam keadaan yang sangat haus
2) Dia akan merasa amat pedih ketika rohnya dicabut
3) Dia akan dirisaukan akan hilang imannya

C) Di Dalam Kubur :
1) Dia akan merasa susah untuk menjawab soalan dari Munkar dan Nakir
2) Kuburnya akan menjadi cukup gelap
3) Kuburnya akan menghimpit sehingga tulang rusuk bertemu tulang rusuk

D) Di Padang Mahsyar :
1) Hisab ke atasnya menjadi berat
2) Allah sangat murka kepadanya

3) Allah akan menyiksanya dengan azab Neraka

Begitulah azab-azab untuk orang yang tinggalkan solat dengan sengaja. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, selagi kita hidup, pintu taubat masih terbuka. Jika kita ada tinggalkan solat, maka gantilah semampu kita. Allah Maha Penerima Taubat maka jangan pernah berputus asa dari rahmatNya..

Bersyukurlah dan cara untuk tunjuk kita bersyukur adalah dengan mengerjakan solat. Kita tidak rugi apa-apa kerana solat adalah kewajipan bagi semua orang Islam. Maka jagalah solat, inshaAllah Allah akan memberkatimu.. 

Sekian, terima kasih.. 

Tuesday, August 1, 2017

Hidup Kita Senantiasa Diuji

Hidup memang susah. Walaupun seseorang itu dilimpahi kekayaan dan kesenangan, dia sebenarnya sedang susah juga. Susah nak jaga hati dari dosa-dosa yang halus, seperti riya' dan takabbur. Ada yang diserang susah dalam bab nak kekalkan kekayaan dan kesenangan.

Jadi, jangan fikir orang kaya tak susah.

Semua orang menghadapi kesusahan masing-masing. Kerana dunia ini tempatnya ujian.

Dan ujian akan terus datang menyapa insan sehinggalah kehidupannya tamat. Selepas satu ujian, akan datang lagi ujian yang lain. Kalau bukan dalam bentuk kasar, dalam bentuk halus. Kalau bukan dalam bentuk langsung, dalam bentuk secara tidak langsung.

Menjadi antara persiapan utama untuk kita mengharungi kehidupan dengan baik ialah mempersiapkan mental dan spiritual kita untuk menghadapi ujian demi ujian ini.

Mental & spiritual yang sabar, cekal dan tabah sahajalah yang akan mampu mengharungi siri ujian ini.

Mental & spiritual lemah akan kepenatan. Dan akhirnya Tuhan akan menjadi sasaran untuk dipersalahkan.

"Mengapa aku dah banyak sedekah, masih diuji lagi?"
"Mengapa aku dah jaga solat, masih miskin?"
"Kenapa aku dah usaha, dah berjaya, Allah uji pula dengan kegagalan?"

Hidup ialah ujian.

Jika Allah sambung kehidupan kita pada hari yang baru, tandanya kita perlu bersiap untuk diuji.

Mengapa kita diuji?

Kerana dunia hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang abadi untuk kita kekal selama-lamanya di sana. Maka dunia menjadi tempat kita disaring, sama ada ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita. Lantas kita diuji.

Bukanlah kerana Allah tidak tahu. Allah Maha Tahu. Tetapi sebenarnya untuk kita sendiri yang tahu kondisi diri kita.

Kita tidak dapat melihat iman. Tetapi apabila kita diuji dan kita marah-marah pada Tuhan, kita sudah boleh agak macam mana rupanya iman kita. Dari situ kita dapat agak-agak di mana pengakhiran kita. Keimanan itu ialah medan amal, bukan kata-kata. Cakap kencang "aku beriman" semua boleh cakap. Tapi keimanan hanya akan terzahir apabila digegarkan dengan ujian. Baik kasar atau halus, baik langsung atau tidak langsung.

Mujurnya, selagi masih hidup, selagi itu kita masih berpeluang memperbaiki diri. Mempertingkatkan iman. Memperkasa kualiti mental dan spiritual kita.

Dari ujian, kita belajar.
Dan terus menerus mempertingkatkan diri.
Proses yang akan berjalan sepanjang hayat.

Kerana selagi hidup,
selagi itu kita akan teruji.

Muhasabah. 

Kita Hidup 1.5 Jam Sahaja Di Dunia Ini!

Di dalam Al Quran Allah berfirman :

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Umur ummat Nabi Muhammad saw biasanya antara 60-70 tahun sahaja. Sebab itu kita senantiasa diingatkan dengan masa kerana Allah telah bersumpah dengan masa.

Menurut perhitungan di atas, kita hidup cuma 1.5jam sahaja! Buktinya? Lihat firman Allah di bawah :

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(Al-Mu'minuun 23:114)

Maka, kita kena sentiasa bersiap sedia menemui ajal kerana ajal tidak mengenal usia, pangkat dan harta. Jika maut sudah sampai, kita tidak boleh lari walau seinci pun.. 

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
- Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 
- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
- Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segalaKesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)