Tuesday, August 1, 2017

Hidup Kita Senantiasa Diuji

Hidup memang susah. Walaupun seseorang itu dilimpahi kekayaan dan kesenangan, dia sebenarnya sedang susah juga. Susah nak jaga hati dari dosa-dosa yang halus, seperti riya' dan takabbur. Ada yang diserang susah dalam bab nak kekalkan kekayaan dan kesenangan.

Jadi, jangan fikir orang kaya tak susah.

Semua orang menghadapi kesusahan masing-masing. Kerana dunia ini tempatnya ujian.

Dan ujian akan terus datang menyapa insan sehinggalah kehidupannya tamat. Selepas satu ujian, akan datang lagi ujian yang lain. Kalau bukan dalam bentuk kasar, dalam bentuk halus. Kalau bukan dalam bentuk langsung, dalam bentuk secara tidak langsung.

Menjadi antara persiapan utama untuk kita mengharungi kehidupan dengan baik ialah mempersiapkan mental dan spiritual kita untuk menghadapi ujian demi ujian ini.

Mental & spiritual yang sabar, cekal dan tabah sahajalah yang akan mampu mengharungi siri ujian ini.

Mental & spiritual lemah akan kepenatan. Dan akhirnya Tuhan akan menjadi sasaran untuk dipersalahkan.

"Mengapa aku dah banyak sedekah, masih diuji lagi?"
"Mengapa aku dah jaga solat, masih miskin?"
"Kenapa aku dah usaha, dah berjaya, Allah uji pula dengan kegagalan?"

Hidup ialah ujian.

Jika Allah sambung kehidupan kita pada hari yang baru, tandanya kita perlu bersiap untuk diuji.

Mengapa kita diuji?

Kerana dunia hanya sementara. Akhirat jualah tempat yang abadi untuk kita kekal selama-lamanya di sana. Maka dunia menjadi tempat kita disaring, sama ada ke syurga kah kita, atau ke neraka kah kita. Lantas kita diuji.

Bukanlah kerana Allah tidak tahu. Allah Maha Tahu. Tetapi sebenarnya untuk kita sendiri yang tahu kondisi diri kita.

Kita tidak dapat melihat iman. Tetapi apabila kita diuji dan kita marah-marah pada Tuhan, kita sudah boleh agak macam mana rupanya iman kita. Dari situ kita dapat agak-agak di mana pengakhiran kita. Keimanan itu ialah medan amal, bukan kata-kata. Cakap kencang "aku beriman" semua boleh cakap. Tapi keimanan hanya akan terzahir apabila digegarkan dengan ujian. Baik kasar atau halus, baik langsung atau tidak langsung.

Mujurnya, selagi masih hidup, selagi itu kita masih berpeluang memperbaiki diri. Mempertingkatkan iman. Memperkasa kualiti mental dan spiritual kita.

Dari ujian, kita belajar.
Dan terus menerus mempertingkatkan diri.
Proses yang akan berjalan sepanjang hayat.

Kerana selagi hidup,
selagi itu kita akan teruji.

Muhasabah. 

Kita Hidup 1.5 Jam Sahaja Di Dunia Ini!

Di dalam Al Quran Allah berfirman :

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia

Umur ummat Nabi Muhammad saw biasanya antara 60-70 tahun sahaja. Sebab itu kita senantiasa diingatkan dengan masa kerana Allah telah bersumpah dengan masa.

Menurut perhitungan di atas, kita hidup cuma 1.5jam sahaja! Buktinya? Lihat firman Allah di bawah :

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
(Al-Mu'minuun 23:114)

Maka, kita kena sentiasa bersiap sedia menemui ajal kerana ajal tidak mengenal usia, pangkat dan harta. Jika maut sudah sampai, kita tidak boleh lari walau seinci pun.. 

Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.
(HR. At- Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
- Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaanitu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur 
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . 
- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
- Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya 
(HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :
- Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” 
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI :
- Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR :
- Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segalaKesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Saturday, July 29, 2017

Dakwah Di Alam Maya

Di alam maya pun kita boleh dakwah.. Zaman teknologi sekarang memang sangat mudah untuk berdakwah.. tak macam orang dulu-dulu.. kena berjumpa depan2 untuk berdakwah tetapi style orang dulu sememangnya yang terbaik..

Kenapa perlu dakwah di alam maya?

Ini kerana kita lihat ramai yang suka pegang fon dan main fon.. apa salahnya kita ambil kesempatan untuk berdakwah... ganjarannya? pahala yang mengalir umpama sungai yang tidak putus2.. Akan tetapi niatkan dakwah kerana Allah taala iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan dariNya..

Malu nak berdakwah sebab ilmu masih kurang?

Kenapa nak malu.. ? tidak perlu tunggu ilmu banyak baru berdakwah kerana ilmu Allah itu sangat luas.. sampai bila-bila pun kita kena belajar.. dan dalam masa yang sama, marilah berdakwah kerana Allah taala..

Saya berminat untuk berdakwah tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja.. start dakwah dengan copy dan paste ayat-ayat al quran.. hadis2 nabi.. share yang kita yakin sahaja.. kalau kita ragu-ragu dengan sesuatu info tu, elok jangan share.. nak lebih baik, tanya pada yang arif sebelum share.. paling mudah share ayat-ayat al quran dan ajak orang baca Al Quran.. 

Saya berminat nak share ayat-ayat Al Quran sahaja, boleh ke?

Boleh jer... masuk ke laman website http://surah.my untuk copy dan paste ayat-ayat Al Quran.. Copy ayat terjemahannya sahaja.. mudah kan?

Thursday, July 20, 2017

Seksa Neraka Jahannam

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Bercakap tentang Neraka, sudah pasti ramai yang tahu akan Neraka dan seksaannya. Kalau di Syurga ada pelbagai nikmat, di dalam Neraka juga ada pelbagai azab. Neraka adalah khas untuk orang-orang kafir  dan orang Islam yang ingkar pada perintah Allah dan meninggalkan segala perintahnya. Panas api Neraka adalah 70 kali ganda panas api dunia. Kalau satu saat pun kita tidak dapat tahan dengan panas api dunia, masakan kita dapat tahan dengan api Neraka yang jauh lebih panas?

Di dalam Neraka, tubuh badan akan dibesarkan, kulit akan ditebalkan supaya akan merasa lebih azab. Allahu Rabbi.. Tahukah kalian bahawa 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?. Jika 1 minit di akhirat bersamaan dengan 365000 minit dan kalau ditukarkan kepada saat menjadi 21900000 saat. Persoalannya adakah orang yang akan diseksa hanya 1 minit sahaja di Neraka? Wallahua'lam. Jangan pernah kita minta untuk diseksa di Neraka walau 1 saat sekalipun. 

Penghuni-penghuni Neraka tidak akan hidup dan tidak akan mati, sesuai dengan firmanNya :

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
(Al-A'laa 87:12) 
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
(Al-A'laa 87:13)

Malaikat Malik adalah ketua atau penjaga Neraka dan Malaikat Zabaniyah adalah pekerja atau ditugaskan untuk menyeksa para penghuni Neraka. Malaikat Zabaniyah sangatlah ngeri untuk dilihat dan layanannya sangatlah kasar dan keras. Sudahlah terseksa dengan kepanasan api Neraka, inikan pula ditambah dengan seksaan dari Malaikat Zabaniyah. 

Semoga kita dijauhkan dari azab api Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat. Amin Amin, Allahuma Amin.. 

Nikmat Yang Paling Agung Di Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..

Tahukah tuan2 dan puan2 sekalian akan nikmat yang paling agung di Syurga kelak? Nikmat tersebut adalah nikmat melihat wajah Allah Yang Maha Indah. Di dunia ini memang sengaja Allah tidak menampakkan wajahNya supaya kita berusaha agar menjadi orang yang paling beruntung melihat wajah Allah di Syurga nanti. Kita akan melihat wajah Allah dengan berseri-seri sesuai dengan firmanNya :

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
(Al-Qiaamah 75:22)
Melihat kepada Tuhannya.
(Al-Qiaamah 75:23) 

Di dalam Syurga ada pelbagai nikmat seperti nikmat memakan buah-buahan, nikmat berjimak dengan bidadari dan macam-macam lagi. Ada mahligai yang sangat besar nan indah. Ada sungai-sungai arak, susu, madu dan lain-lain lagi. Ada pohon-pohon besar yang rendang lagi cantik untuk dilihat. Nikmat semua ini adalah untuk para penghuni Syurga. Inilah janji Allah yang tidak akan DIA mungkiri. Ayuh, mari berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan supaya kita kelak menjadi orang yang paling beruntung dan menjadi penhuni Syurga yang tertinggi iaitu Syurga Firdaus. Tiada mati pada saat itu dan kita akan digembirakan dengan bermacam-macam nikmat yang tidak pernah kita fikir. 

Thursday, July 13, 2017

Tips Menjaga Tahajjud



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk solat sunat Tahajjud setiap malam.. Ini termaktub di dalam firmanNya :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79)

Berikut adalah tips atau cara menjaga tahajjud

Tips Menjaga Tahajjud :

1. Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan minta," Ya Allah, tolong kejutkan hamba bangun Tahajjud."

2. Minum air sebanyaknya.

3. Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal,

4. Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak anak keluarga kita bangun Tahajjud sekali. Subhanallah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajjud.

5. Selepas solat maghrib, ceritakan kisah kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi s.a.w di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6. Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7. Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajjud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat.

8. Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajjud.

9. Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajjud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajjud pula tu. Allah.

10. Buat geng/group Tahajjud. Sekumpulan kawan whatsapp/fb apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan. Saling bangun untuk ingat Allah bersama.

11. Mula uruskan masa. Urus masa kita sebaiknya. Pastikan masa kerja atau bisnes kita tidak menggangu waktu kita bersendirian dengan Rabbal Allamin. Kalau terganggu, ternyata saya khuatir kita lupa bahawa yang bagi kerja, bisnes, untung rugi itu sendiri adalah Allah yang bagi.

12. Mulakan tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

In shaa Allah. Semoga bermanfaat.