Monday, January 2, 2017

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Marilah kita senantiasa berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Baginda insan yang amat mulia di sisi Allah SWT. Sebagai ummat Nabi Muhammad SAW, kita di perintahkan untuk berselawat ke atas baginda yang mulia. Di dalam Al Quran, Allah berfirman ;

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Al-Ahzaab 33:56)

Malu lah jika Allah dan MalaikatNya berselawat ke atas baginda namun kita insan yang lemah dan hina ini tidak berselawat ke atas baginda.. 

Segalanya Milik Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Menurut ayat di atas, kita dapat tahu apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah swt .. Harta yang kita ada milik Allah... Anak2 kita milik Allah... Isteri2 kita milik Allah..dan diri kita sendiri milik Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana..




Sunday, January 1, 2017

Makna Taqwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Pengertian Taqwa

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:

- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). 
- Kedua, bermakna taat. 
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa. 

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa". 

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)

Wallahu a'lam.

Takut Dan Berharap

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian...

Kita sebagai hambaNya patut takut dan berharap. Kita takut terkena azab dan berharap agar memperoleh Syurga sepertimana yang dijanjikan oleh Alla swt..

Oleh yang demikian, kita sepatutnya tingkatkan amal dan iman kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang rugi di akhirat kelak..

Sebagai muslim, kita seharusnya patuh dengan perintah Allah swt kerana kita tidak mahu dimurkai dan dilaknat olehNya...Sesungguhnya rahmat Allah itu lebih luas dari murkaNya..

Tuan2 dan puan2, Allah Maha Baik.. Allah cipta Nabi Adam as dan terus dimasukkan ke dalam Syurga.. Jika Allah tidak baik, sudah tentu DIA akan masukkan Nabi Adam as ke dalam Neraka..

Kita kena sentiasa berharap agar diampunkan dan diredhai oleh Allah Sang Pencipta.. Semoga kita semua beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat nanti..InshaAllah..

Iblis Di Kala SakaratulMaut

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Iblis laknatullah akan mati jua kerna setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..kecuali Allah swt Yang Maha Hidup dan tidak mati..


Pada Kitab karya agung dari Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy, ketika hari kiamat tiba, semua makhluk yang hidup akan mengalami mati, tak terkecuali Iblis Laknatullah dan bala tentaranya. Saat itulah Iblis mengalami saat-saat yang begitu menyakitkan kala Malaikat Maut mendatanginya dan mancabut nyawanya dengan sangat kasar sekali.

Di hari kiamat kelak, Malaikat Maut akan membentak kepada Iblis,
"Berhentilah kamu Iblis Laknatullah. Rasakanlah kepedihan kematian sebagaimana yang dirasakan oleh orang-orang yang engkau sesatkan dalam beberapa abad selama engkau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah SWT terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari?"

Ia mencuba berlari menghindari Malaikat Maut itu, akan tetapi kemanapun Iblis menghindar, Mlaikat Maut selalu saja menemukannya. Lebih ringan Cahaya daripada Api (antara bahan pembuatan malaikat dan iblis), sehingga malaikat selalu lebih cepat daripada kecepatan iblis. 

Tak ada satu tempat pun untuk bersembunyi pada saat hari kiamat. Kemudian iblis mencoba berlari menuju makam Nabi Adam as dan berkata,
"Kerana kamulah aku mendapat laknat."

Dalam sekejap, Malaikat Maut telah sampai terlebih dulu di hadapan iblis. Kemudian Iblis bertanya,
"Minuman dan siksaan apakah yang akan ditimpakan terhadapku?"
"Kamu akan diberi minum dari Neraka Ladha, siksa yang kamu terima seupa dengan siksa ahli neraka tapi berlipat ganda."

Mendengar hal itu, Iblis pun jatuh berguling-guling di atas tanah sambil menjerit sekuat-kuatnya. Kemudian ia berlari dari arah barat ke timur dan akhirnya sampai ke sebuah tempat dimana dia pertama kali diturunkan. Di tempat itu, iblis sudah dihadang oleh Malaikat Zabaniah dengan rantai di tangannya.

Tatkala bumi bagaikan bola api karena dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah yang menikam dengan bebatuan dari neraka sehingga iblis merasakan siksa sakaratul maut yang amat sangat pedih.

Pada saat itu dipanggillah Nabi Adam as dan istrinya Siti Hawa agar melihat iblis yang diambang sakaratul maut.
Nabi Adam as berdoa,
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah menyempurnakan Nikmat-Mu kepada kami."

Bila Izrail Datang Memanggil

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Setiap yang bernyawa pasti akan mati.. Adakah kita sudah bersiap sedia menghadapi kematian? Jika ya, Alhamdulillah..Jika belum, bersiap sedialah dari sekarang..

Maut tidak mengenal usia, sihat, pangkat atau harta yang banyak.. Jika maut sudah sampai, sembunyilah di mana pun, maut tetap akan menjemput.. Jadi perbanyakkanlah amalan soleh supaya kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat..

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Azam Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian.. Syukur alhamdulillah, Allah masih beri peluang kepada kita untuk bernafas..


Hari ini 1 Januari 2017... Pantas masa berlalu.. Apakah azam tuan2 dan puan2 pada tahun ini?

Jika tuan2 puan2 tanya saya, saya akan jawab saya nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya..
Tahun 2015 dan 2016 adalah tahun yang penuh dugaan buat saya.. Alhamdulillah sekarang sudah tidak rasa kesusahan dan kesempitan.. Moga2 kekal buat selamanya...


Sempena tahun baru ini, marilah kita berazam untuk tingkatlan ilmu, iman dan amal.. moga2 kita berjaya dunia akhirat.. InshaAllah.. :)