Sunday, January 5, 2020

Berharaplah Hanya Pada Allah swt

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (94:8)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.
Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya"
(HR Muslim)


Hari ini kadang-kadang kita terlalu banyak BULI DIRI SENDIRI sebenarnya.
Bagaimana?
Kita letakkan PENGHARAPAN yang sangat tinggi pada pada makhluk sampai kita KECEWA.

Hakikatnya kita lupa yang sepatutnya kita berharap hanyalah pada Allah, dan segala makhluk yang ada ini cuma ASBAB untuk kita kembali pada Allah.

Tapi bila kita sudah letakkan harapan kepada selain Allah, pada ketika itu mulalah kita akan banyak persoalkan itu dan ini bila kita tak dapat apa yang kita INGINKAN.

Sebagai contoh seseorang yang sangat berhajat pada DUIT, dia pasti dan pasti akan berusaha untuk dapatkannya dengan cara bekerja, meniaga dan sebagainya.
Tapi ketika mana ditakdirkan dia tak dapat duit yang MENCUKUPI pada ketika itu dia akan mula menyalahkan sekelilingnya kerana ganggu urusan hidupnya.

Hakikat yang sebenar ialah dia LUPA yang berusaha itu dirinya dan yang hanya mampu MEMBERI itu adalah Allah.
Tapi bila tiada pengharapan yang PENUH kepada Allah pada ketika itulah seseorang akan lakukan walau PERKARA HARAM untuk dapatkan DUIT.

Begitu seseorang yang sedang BERCINTA dan tanpa ada bimbingan AGAMA, mungkin dia sudah merancang untuk berkahwin setelah SEKIAN LAMA lagi.
Akan tetapi ketika mana hubungan itu TERPUTUS di tengah jalan pada ketika itu kita boleh lihat bagaimana KECEWANYA dirinya kerana tak mendapatkan sesuatu yang dia MAHU.

Sedang dia juga LUPA yang segala apa yang TERBAIK untuk dirinya hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI.
Boleh jadi Allah tidak beri apa yang dia mahu dan diganti dengan seseorang yang TERLEBIH BAIK.
Tapi bila TIADA PENGHARAPAN, dia akan MENYALAHKAN Allah dan itulah tanda KECELAKAAN pada dirinya.


Jadi sahabatku,
Segala apa yang berlaku ini semuanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Jadi BERHARAPLAH hanya kepada Allah kerana dengan keyakinan itulah yang akan menaikkan DARJAT kita untuk berasa lebih DEKAT dengan Allah.

Allah sangat-sangat sayang pada kita sebab itulah segala urusan hidup ini adanya bimbingan AGAMA.
Tapi bila hamba BERLEPAS diri dari bimbingan dan ikut segala kemahuan dirinya, pada ketika itulah dia sedang LARI dari segala KEINDAHAN yang Allah telah sediakan untuk dirinya.


Al-Faqir,
@ahmadzakirrr

Wednesday, January 1, 2020

Hidayah milik Allah SWT

Antara nikmat paling besar adalah mendapat hidayah dari Allah swt. Hidayah perlu la diusahakan sepertimana rezeki dan jodoh. Ianya tidak datang begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kita sendiri. Beruntunglah mereka yang memiliki hidayah dan petunjuk dariNya..

1. MAKSUD HIDAYAH :


· iaitu cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuju jalan yang benar dan diredhai


2. SEBAB MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH


· Hidayah datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi

· Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayat yang diberi oleh Allah

· Hidayah mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah

· Hidayah Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa


3. CARA MENDAPATKAN HIDAYAH ALLAH

· Menggunakan akal fikiran dengan mengkaji dan meneroka alam supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan serta keesaan Allah

· Mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganNya

· Berakhlak mulia dalam pergaulan

· Membersihkan jiwa melalui amal ibadat


4. KESAN HIDAYAH ALLAH KEPADA MANUSIA
· Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman

· Menikmati kemanisan iman

· Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup

· Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat

· Peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah

· Mengamalkan perbuatan baik dan meningglkan perbuatan mungkar

· Tetap beriman sekalipun diseksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan Islam


5. TANDA-TANDA SESEORANG ITU TELAH MENDAPAT HIDAYAT ALLAH
· Jiwanya cenderung kepada akhirat

· Selalu menjauhkan dirinya daripada tipu daya keduniaan

· Selalu bersiap sedia menghadapi kematian



6. KEWAJIPAN UMAT ISLAM MELAKUKAN DAKWAH
Islam mewajibkan umatnya supaya menyampaikan dakwah dalam apa cara sekalipun. Tambahan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Telegeram dan lain-lain, kita dapat manfaatkannya dengan melakukan kerja dakwah

· Dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing

· Dakwah yang dilakukan perlu dengan cara yang baik supaya orang lain dapat berfikir tentang kebenaran Islam

· Kita tidak boleh berputus asa jika usaha dakwah tidak berjaya

· Kita dilarang menghukum dan menghina seseorang yang belum mendapat hidayat, sebaliknya hendaklah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan dan bukan memberi hidayah.

Mudah-mudahan Allah terus kekalkan kita semua di dalam hidayah dan petunjukNya agar kita semua berjaya di dunia dan di akhirat..

Saturday, December 28, 2019

Hutang Jenazah Di lunaskan Jibril as

Ketika Rasulullah SAW sedang duduk di gerbang kota Madinah, tiba-tiba ada jenazah yang hendak dishalati. Kemudian beliau bertanya, "Apakah dia punya tanggungan hutang?"


"Ia mempunyai tanggungan hutang 4 dirham atau 400 dirham", kata salah seorang Sahabat.
"Shalatilah jenazahnya! Aku tidak akan menyalati jenazah seseorang yang mempunyai tanggungan hutang 4 dirham atau 400 dirham dan belum dilunasi", sabda Baginda Rasul SAW.


Selang beberapa lama kemudian, Malaikat Jibril turun dan mengatakan: "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT membacakan salam kepadamu. Aku telah diutus berwujud seseorang dan melunasi hutang lelaki yang meninggal itu. Maka shalatilah jenazah lelaki itu, karena Allah telah mengampuninya!"



"Bagaimana ia mendapat kehormatan ini?", tanya Nabi penasaran.


"Karena bacaannya. Setiap hari ia tak pernah lepas membaca surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali. Dimana kandungan surah Al Ikhlas terdiri atas penjelasan sifat-sifat Allah dan pujian terhadapNya", terang Jibril AS.

Surah Al Ikhlas mempunyai begitu banyak manfaatnya. Maka jika kita masih ada hutang, eloklah diamalkan surah Al Ikhlas ini sebanyak 100 kali.. Tak sampai 15 minit untuk lengkapkan bacaan cuma rajin atau malas sahaja..


Sunday, November 24, 2019

Siapa Brother Shah Kirit Sebenarnya?




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




Mengenali Brother Shah Kirit Kalkulal Govidji

Brother Shah Kirit pada asalnya adalah seorang penganut Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Pada mulanya, niat Shah Kirit Kakulal Govindji ingin memeluk agama Islam hanyalah dengan satu tujuan iaitu untuk berkahwin dengan seorang gadis Melayu. Namun kini, setelah lebih 17 tahun menganut Islam, Brother Shah bukan sahaja menjadi seorang Muslim yang soleh tetapi pada masa sama menjadi pendakwah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Gaya, penampilan dan penyampai Brother Shah Kirit mirip pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik. Beliau yang pernah berkrusus dengan Dr Zakir Naik telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; ‘International Da’wa Training Program’ di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.

Kini, Brother Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK. Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Saba’ Islamic Media Maju Junction turut bertugas sebagai Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation (IIS), sebuah organisasi dakwah untuk memberi informasi mengenai agama Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Penceramah Dan Pendakwah

Brother Shah berpengalaman menyampaikan ceramah mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur dan sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air. Beliau juga kini merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa orang yang suka dipanggil ‘Brother Shah’ ini, mungkin salah seorang penceramah utama dan yang paling popular di Perbandingan Agama Islam dan bukan Islam di Malaysia dan nusantara kini.


Sebagai pegawai dakwah yang terkemuka di IIS, beliau telah menyampaikan ceramah dan memberi kursus Perbandingan Agama untuk sekian lama. Beliau juga merupakan Duta Dakwah di SABA Islamic Media Sdn Bhd, setelah menyertai organisasi pada tahun 1999.


Brother Shah seorang yang ikhlas, sederhana dan sentiasa merendah diri serta mudah mesra. Sesuai dengan tujuan utama dalam kehidupan bagi menjelaskan Islam kepada sesiapa sahaja dengan cara yang paling langsung dan mudah yang mungkin, dengan itu menjadikan mesej yang jelas Islam yang aman dan diharapkan membuat perbezaan untuk Peace & Harmony seluruh negara dan dunia.


Secara ringkas, ia adalah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak menyukainya Brother Shah, walaupun seseorang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Sebagai seorang peguam bela yang sukakan kebenaran dan keadilan, beliau tidak teragak-agak untuk membetulkan tindakan dan keadaan di sekelilingnya, sama ada di kalangan orang Islam atau bukan Islam.


Brother Shah Kongsi Kisah Hidup


Bagaimanakah Shah Kirit, seorang yang berketurunan India boleh berubah sepenuhnya daripada kehidupan asalnya berbanding kini?

“Saya bersekolah sehingga tingkatan enam di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat pemasaran swasta yang mempunyai pekerja berbilang kaum termasuk Melayu.”

“Saya tertarik dengan seorang gadis Melayu di tempat kerja saya itu kerana kecantikannya. Namun, pada masa yang sama saya sering mengingatkan diri supaya jangan bercinta dan berkahwin dengan gadis berlainan kaum.”

“Tapi saya amat mencintainya sehingga pernah terfikir ingin berhijrah ke egara lain untuk berkahwin dengan gadis tersebut. Buntu dengan perkara ini saya berjumpa dengan beberapa orang ustaz.”

“Tetapi sebilangan daripada mereka menggalakkan saya untuk memeluk agama Islam yang mana saya dituntut supaya solat lima waktu, berpuasa dan membayar zakat hingga menyebabkan saya takut dan gusar,” katanya.



Menurutnya lagi, pendekatan bagi orang bukan Islam memeluk agama Islam perlu diubah kerana mereka memerlukan masa untuk mendalami Islam dan mengamalkan cara hidup agama itu dengan sempurna.



“Hati saya bagaimanapun ketika itu masih belum tergerak sepenuhnya untuk memeluk Islam sehinggalah saya berjumpa dengan pendakwah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Perak, Ustaz Ali Chin.”

“Ustaz Ali sanggup mengorbankan masanya untuk berjumpa dengan saya setiap hari sambil menceritakan soal akidah dan ketuhanan menyebabkan hati ini tersentuh dengan Islam.”

“Selain itu, Ustaz Ali turut menceritakan bagaimana Allah mencipta manusia di samping menasihatkan saya belajar secara beransur-ansur untuk memahami Islam,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.”


Tidak Berani Berterus-Terang


“Keluarga dapat menghidu hasrat saya untuk memeluk Islam dan langsung tidak bersetuju dengan hasrat saya itu tetapi berkat kesabaran Ustaz Ali berdakwah kepada saya serta hidayah Allah, akhirnya pada bulan Ramadhan 1996 semasa berusia 30 tahun saya sah memeluk Islam.”

“Tetapi saya sembunyikan perkara itu daripada keluarga. Apabila balik ke rumah keluarga, saya solat secara bersembunyi dan mengamalkan ajaran Islam dengan agak terhad.”

“Bagi adik-adik saya, mereka menerima keadaan saya masa itu kerana hormatkan saya sebagai abang sulung. Tetapi saya tidak berani memberitahu ibu dan bapa saya,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu.


Keadaan itu membuat Shah Kirit agak tertekan sehingga pernah terfikir untuk bersolat di bilik mandi rumah keluarganya itu.


“Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis pilihan walaupun tidak dipersetujui keluarga selain memberitahu saya telah menjadi penganut agama Islam.”

“Tentunya keluarga agak marah semasa itu tetapi Allah memberikan akal fikiran untuk kita berfikir. Sebelum saya membawa isteri berjumpa keluarga, saya ajar dia serba sedikit bahasa Tamil, memakai baju Punjabi tetapi bertudung, budaya serta makanan orang India.”

“Gementar saya sewaktu membawa isteri saya berjumpa keluarga buat pertama kali. Tetapi syukur penerimaan mereka amat baik dan cukup terkejut apabila isteri saya tahu serba sedikit kebudayaan dan cara hidup kami sekeluarga.”

“Malah, sepanjang tiga hari berada di rumah keluarga saya, isteri saya dilayan dengan sepenuh kasih sayang sehingga mereka lebih sayangkan dia menyebabkan saya berasa iri hati pula,” katanya diiringi ketawa.


Transformasi Hidup


Shah Kirit yang lebih senang mengekalkan nama asalnya kini sibuk dengan undangan berceramah mengenai al-Quran dan sains, wanita dan soal akidah Islam sehingga pernah dalam sehari menerima tiga jemputan berceramah pada waktu yang sama.


“Dulu hidup saya kosong tetapi kini saya hidup semata-mata untuk mencapai keredaan Allah. Jika dulu saya menganggap kematian itu satu perkara menakutkan tetapi apabila saya bersungguh-sungguh mempelajari Islam, barulah saya sedar sebenarnya perkara itu akan dilalui semua orang,” tuturnya yang turut menerima jemputan berceramah di Indonesia, Singapura, dan Bangladesh.



Dia juga bersyukur kerana sepanjang berceramah lebih lapan tahun, terdapat beberapa orang peserta ceramahnya yang menganut agama Islam kerana tertarik dengan isi ceramahnya.



“Hidayah itu Allah sendiri yang beri tetapi dalam masa sama kita tidak boleh berdiam diri tanpa berusaha kerana usaha dakwah itu wajib bagi setiap individu Islam.”

“Walaupun saya pernah menerima surat layang menuduh saya ingin mengejar pangkat, nama dan glamor seperti penceramah agama terkenal sedia ada, namun saya tidak mempedulikannya, Ini kerana saya yakin Islam itu hadir sebagai penyelesaian kepada setiap masalah umat manusia,” mengakhiri bicaranya.



والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

source : syafiqolbu

Thursday, November 21, 2019

Pohon Sahabi masih hidup sampai sekarang



POHON SAHABI, Pohon Tempat Nabi Muhammad Saw Berteduh yang masih hidup sampai sekarang.

1. Di sinilah dulu Nabi Muhammad Saw pernah berteduh sambil menjaga Unta dan barang dagangan Kabilah.

2. Dahan-Dahan Pohon ini melindungi Nabi Muhammad Saw dari teriknya panas Matahari.

3. Pohon ini berada di tengah-tengah Padang Pasir gersang di Yordania.


4. Meski hidup di tempat yang panas, Pohon ini tumbuh subur dan mampu bertahan selama ribuan tahun lamanya.

5. Karena jadi satu-satunya sahabat Nabi Saw yang masih hidup, Pohon ini sering dikunjungi oleh Muslim di seluruh Dunia.

6. Kadang Pohon ini suka menggugurkan Daunnya, namun kemudian tumbuh subur kembali.

Waktu kecil, Nabi Muhammad Saw pernah diajak Pamannya ; Abu Thalib menuju Basra, Syam, untuk berdagang. Di tengah perjalanan, saat Beliau masih kecil bertemu dengan seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira. Pendeta itulah yang mengetahui tanda-tanda Kenabian Muhammad berdasarkan Alkitab.

aat bertemu dengan rombongan Abu Thalib, Buhaira melihat seorang anak yang memiliki ciri-ciri Kenabian. Kemudian Buhaira menjamu Kabilah untuk makang siang. Namun Muhammad tidak datang ke jamuan tersebut karena ia ditugaskan untuk menjaga Unta dan barang dagangan sambil berteduh di bawah Pohon Sahabi. Melihat Muhammad tidak hadir, Buhaira segera mencari anak kecil itu.

Buhaira melihat ciri-ciri lain Kenabian Muhammad ketika Dahan-Dahan Pohon itu melindungi Muhammad dari Panasnya Matahari. Dia semakin yakin kalau anak kecil ini kelak akan menjadi Nabi terakhir.

Pohon itu namanya Pohon Sahabi dan masih hidup sampai sekarang. Setelah 1400 tahun berlalu, Pohon tersebut ditemukan masih hidup oleh seorang pangeran dari Yordania.

Ajaibnya, Pohon itu bisa bertahan hidup selama ribuan tahun di tempat yang sangat panas dan tidak ada tumbuhan lain di sekitar Pohon Sahabi. Meskipun demikian, pohon ini bisa tumbuh subur dan bertahan selama ribuan tahun lamanya.

Allah Swt sengaja tetap menghidupkan Pohon Sahabi ini agar jadi pengingat dan bukti sejarah Islam di masa lalu…Hal apapun yang berkaitan dengan Nabi Muhammad Saw, itu pasti kekal dan Mulia adanya…💖💖💖

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Sunday, November 17, 2019

3 Perkara Yang Disukai

Allah swt suka 3 perkara:
1) menggunakan keupayaan diri dan harta ke jalanNya
2) menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat
3) sabar semasa ditimpa kesempitan

Rasulullah saw suka 3 perkara :
1) wangi-wangian
2) wanita
3) solat

Saidina Umar suka 3 perkara:
1) Amar makruf
2) nahi mungkar
3) pakai pakaian yang usang

Saidina Uthman suka 3 perkara:
1) beri makan kepada orang yang kelaparan
2) memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian
3) membaca Al Quran

Saidina Ali suka 3 perkara:
1) melayani tetamu
2) berpuasa di hari yang panas
3) pancung kepala musuh

Malaikat Jibril as suka 3 perkara:
1) memimpin orang yang sesat
2) mengasihi orang miskin yang soleh
3) membantu orang miskin yang ramai anak

Friday, September 27, 2019

Kelebihan dan Fadhilat Zikir Tauhid

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah Al-’Araaf [007], ayat 205)

Zikir tauhid iaitu dengan mengucapkan 'Laa ilaha illallah' adalah amalan zikir yang paling mulia. Di antara kelebihan dan fadhilat zikir tauhid ialah :

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu marilah kita perbanyakkan zikir tauhid ini.. Mudah-mudahan Allah senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua terutama kepada mereka yang lisan dan hatinya sentiasa berzikir kepada Allah swt.