Sunday, January 5, 2020

Berharaplah Hanya Pada Allah swt

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (94:8)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.
Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya"
(HR Muslim)


Hari ini kadang-kadang kita terlalu banyak BULI DIRI SENDIRI sebenarnya.
Bagaimana?
Kita letakkan PENGHARAPAN yang sangat tinggi pada pada makhluk sampai kita KECEWA.

Hakikatnya kita lupa yang sepatutnya kita berharap hanyalah pada Allah, dan segala makhluk yang ada ini cuma ASBAB untuk kita kembali pada Allah.

Tapi bila kita sudah letakkan harapan kepada selain Allah, pada ketika itu mulalah kita akan banyak persoalkan itu dan ini bila kita tak dapat apa yang kita INGINKAN.

Sebagai contoh seseorang yang sangat berhajat pada DUIT, dia pasti dan pasti akan berusaha untuk dapatkannya dengan cara bekerja, meniaga dan sebagainya.
Tapi ketika mana ditakdirkan dia tak dapat duit yang MENCUKUPI pada ketika itu dia akan mula menyalahkan sekelilingnya kerana ganggu urusan hidupnya.

Hakikat yang sebenar ialah dia LUPA yang berusaha itu dirinya dan yang hanya mampu MEMBERI itu adalah Allah.
Tapi bila tiada pengharapan yang PENUH kepada Allah pada ketika itulah seseorang akan lakukan walau PERKARA HARAM untuk dapatkan DUIT.

Begitu seseorang yang sedang BERCINTA dan tanpa ada bimbingan AGAMA, mungkin dia sudah merancang untuk berkahwin setelah SEKIAN LAMA lagi.
Akan tetapi ketika mana hubungan itu TERPUTUS di tengah jalan pada ketika itu kita boleh lihat bagaimana KECEWANYA dirinya kerana tak mendapatkan sesuatu yang dia MAHU.

Sedang dia juga LUPA yang segala apa yang TERBAIK untuk dirinya hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI.
Boleh jadi Allah tidak beri apa yang dia mahu dan diganti dengan seseorang yang TERLEBIH BAIK.
Tapi bila TIADA PENGHARAPAN, dia akan MENYALAHKAN Allah dan itulah tanda KECELAKAAN pada dirinya.


Jadi sahabatku,
Segala apa yang berlaku ini semuanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Jadi BERHARAPLAH hanya kepada Allah kerana dengan keyakinan itulah yang akan menaikkan DARJAT kita untuk berasa lebih DEKAT dengan Allah.

Allah sangat-sangat sayang pada kita sebab itulah segala urusan hidup ini adanya bimbingan AGAMA.
Tapi bila hamba BERLEPAS diri dari bimbingan dan ikut segala kemahuan dirinya, pada ketika itulah dia sedang LARI dari segala KEINDAHAN yang Allah telah sediakan untuk dirinya.


Al-Faqir,
@ahmadzakirrr

No comments:

Post a Comment