Saturday, August 15, 2020

Jadilah Orang Yang Senantiasa Bersyukur

 Bersyukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya akan menjemput rezeki di sekeliling kita. Bersyukurlah diatas pelbagai rezeki yang dianugerahkan Allah kepada kita, rezki Iman dan Islam, rezeki kasih sayang, rezeki kesihatan yang baik, rezeki keluarga bahagia dan pelbagai lagi. Yakinlah kita, jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan rezeki kita. Firman Allah:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim 14 : 7)

Imam Al-Ghazali dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ menyatakan: bersyukur itu adalah menjunjung tinggi nikmat, seterusnya mengagungkan Allah. Syukur juga merupakan salah satu darjat yang paling tinggi daripada sabar dan khauf (takut) kepada Allah. Ada 4 cara kita membuktikan kesyukuran pada Allah:

1)         Bersyukur dengan hati.

Tanda bersyukur dengan hati adalah, apabila kita bersungguh-sungguh meyakini bahawa segala nikmat, pemberian, hadiah, kegembiraan, kebaikan semuanya datang daripada Allah, walaupun secara fizikalnya nampak seperti manusia yang beri. Firman Allah dalah surah an-Nahl ayat 53;

“Dan, apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya) dan apabila kamu ditimpa oleh kemudaratan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.”

2)         Bersyukur dengan lisan.

Banyakkan puji-pujian kepada Allah dengan berzikir khususnya lafaz Alhamdulillah juga lafaz-lafaz lain.

3)         Bersyukur dengan amal perbuatan

Tanda syukur dengan perbuatan adalah apabila kita menunaikan solat fardhu 5 waktu, berpuasa, bersedekah, berdakwah dan melakukan pelbagai amal kebajikan. Gunakan anggota badan untuk mengelak daripada membuat maksiat. Menjaga pandangan mata daripada perkara dosa seperti video lucah dan aurat. Menjaga telinga daripada mendengar perkara yang haram, menjaga mulut daripada mengumpat, memfitnah, menipu, mengadu domba, dan sebagainya.

4)         Bersyukur dengan segala nikmat pemberian.

Apa sahaja nikmat yang kita perolehi sama ada yang kecil mahupun yang besar, wajib kita syukuri. Termasuklah nikmat masa, ilmu, kesihatan, dan sebagainya. 


Jadilah kita orang yang sentiasa bersyukur walau sekecil mana nikmat yang kita miliki. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang paling bersyukur di atas segala nikmatnya..

Bersihkan Hati Kita

 Kita amat mengambil berat penampilan diri. Sentiasa kemas dalam berpakaian, rambut yang disisir dan wajah yang sentiasa bersih.

Adakah hati kita juga sentiasa kita pelihara kebersihan dan kerapiannya?

Imam al-Ghazali menyebutkan: "Sungguh menghairankan orang yang sangat mengambil perhatian terhadap muka (wajahnya) yang merupakan tempat makhluk melihat, tetapi tidak memerhatikan hatinya, yang merupakan tempat Pencipta (ALLAH) melihat."

Untuk bersihkan hati, kita hendaklah membaca Al Quran dan berzikir setiap hari. Dua amalan ini begitu penting dalam menggilap hati kita agar menjadi bersih dan berkilau. Kita akan terhindar dari penyakit hati seperti sombong, riak, ujub, sum'ah dan lain-lain. Jadi, paksa diri untuk membaca Al Quran dan berzikir setiap hari agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan di akhirat kelak..inshaAllah.. :)

Berbakti Kepada Ibu Bapa

 Antara kewajipan seorang anak kepada ibu bapanya ialah berbakti kepada keduanya. 

Salah satu cara berbakti ialah dengan berdoa untuk kedua ibu bapa sama ada semasa hidupnya mahupun selepas kematiannya.

Antara ayat di dalam al-Quran yang boleh digunakan sebagai doa untuk kedua ibu bapa kita, antaranya:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim: 41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami. Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Ibu bapa kita telah banyak berkorban untuk kita dari kita kecil sehingga dewasa. Maka sebagai anak kita perlu berbakti kepada mereka. Jika mereka sudah uzur, ambil lah peluang untuk menjaga mereka. Janganlah kita menjadi anak yang tidak mengenang budi. 

Takwa Paling Dekat Dengan Allah

Memiliki sifat takwa merupakan hasrat setiap Muslim. 

Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab berkenaan maksud takwa. Ubai berkata kepada Saidina Umar: "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?" Lantas jawab Saidina Umar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apakah yang kamu lakukan ketika itu?" Saidina Umar berkata, "Aku akan berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." 

Daripada jawapan ini dapat disimpulkan bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh melakukan amal soleh berlandaskan petunjuk Quran dan Sunnah. 

Berkata Hasan Al-Basri : "Ahli takwa itu bagi mereka ada beberapa tanda. Antaranya benar percakapan, menghubungkan silaturrahim dan baik budi pekerti."

Ayuh berusaha menjadikan diri kita orang bertakwa.


Friday, August 14, 2020

Kenapa Kita Kena Selawat Ke Atas Baginda?

Kenapa kita perlu berselawat kepada Nabi sallahu alaihi wassalam?


Sesungguhnya Allah subhanahu wa taala telah berfirman di dalam al-Quran :

(إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا)

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.  [Surah Al-Ahzab : 56]

Selawat ke atas Nabi sallahu alaihi wasallam adalah perintah yang disuruh oleh Allah jalla wa 'ala ke atas hambaNya. Jadi, jika kita berselawat maka kita telah melaksanakan perintah Allah itu.

Di dalam ayat tersebut juga menyatakan bahawa Allah dan MalaikatNya juga berselawat ke atas baginda Nabi.

Apakah maksud selawat Allah dan Malaikat?

Apabila disebut Allah berselawat kepada Nabi, ia bermaksud Allah memberi penghormatan, kemuliaan, dan kebaikan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Manakala, maksud selawat daripada Malaikat adalah mereka mendoakan kesejahteraan kepada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda :

"مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ عَشْرًا"

“Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah mengucapkan selawat kepadanya 10 kali.”

Maksud selawat Allah kepada hambaNya adalah Allah memberikan rahmat kepada sesiapa yang berselawat ke atas baginda.

Jadi amatlah rugi bagi siapa yang tidak berselawat kepada Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam. Setiap kali kita mendengar nama Baginda, kita dituntut untuk berselawat kepadanya.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

"ﺍﻟﺒَﺨﻴﻞُ ﻣَﻦ ﺫُﻛﺮﺕُ ﻋﻨﺪﻩ ﻓَﻠَﻢ ﻳُﺼﻠّﻰ ﻋَلَيَّ"

Maksudnya :

“ Orang yang bakhil adalah orang yang ketika namaku disebut disampingnya maka dia tidak berselawat atasku”.

Semoga kita tergolong bersama di antara orang yang banyak berselawat ke atas baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam sehingga mendapatkan syafaatnya di hari akhirat kelak.

صَلّوا عَلَى النَبِيّ...

5 Jenis Syafaat Rasulullah Di Akhirat Kelak

SYAFAAT NABI MUHAMMAD - KITA MEMERLUKANNYA SANGAT-SANGAT !


Dengan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W, melaluinyalah kita akan mendapat PANDANGAN RAHMAT dari Allah Ta'ala.
Terdapat 5 jenis syafaat Nabi di akhirat kelak, iaitu:

1. Syafaat Nabi untuk membebaskan umatnya dari kedahsyatan Padang Mahsyar.

2. Syafaat Nabi untuk memasukkan umatnya ke dalam syurga tanpa hisab.

3. Syafaat Nabi untuk membebaskan umatnya dari menerima hukuman setelah diperhitungkan.

4. Syafaat Nabi untuk mengeluarkan umatnya dari seksaan azab api neraka.

5. Syafaat Nabi untuk mengangkat darjat seseorang untuk memasuki syurga yang tertinggi.

Antara perkara mudah untuk mendapat syafaat Nabi Muhammad S.A.W ialah dengan berselawat sebanyak mungkin semasa hidup kita, sebagai zikir harian. Mudah-mudahan kita akan selamat di dunia dan akhirat dan akan berputik rasa cinta, rindu dan ta'at kepada Allah dan kekasihNya. 
   
Wallahu a'lam. 

Monday, June 29, 2020

Kisah Malaikat Bernama Harut dan Marut

Harut dan Marut adalah 2 orang Malaikat yang di sebut dalam Al-Qur.an surat Al Baqarah ayat 102 :

Dan mereka mengikuti apa [76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan [77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir).

Mereka engajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat [78] di negeri Babil yaitu Harut dan Marut
Dari ayat Al_Qur'an itu muncul beberapa penafsiran tentang Harut dan Marut adalah 2 orang Malaikat yang turun ke Bumi.

DIRIWAYATKAN daripada Nafi’ dari Abdullah Umar, bahwa Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Ketika Nabi Adam a.s diturunkan Allah ke bumi, maka berkatalah malaikat, “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?”

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak engkau ketahui.”

Malaikat berkata, “Kami adalah orang lebih patuh kepada Engkau berbanding anak keturunan Adam.”

Kepada malaikat, Allah berfirman: “Panggillah ke mari dua malaikat. Aku akan turunkan mereka ke bumi hingga kamu dapat melihat apa yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa Allah berfirman kepada malaikat, “Pilihlah tiga yang termulia antara kamu!”

Malaikat menjawab, “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi dan dengan diberi sifat-sifat yang sama seperti yang melekat sama manusia ( Nafsu syahwat dll ), lalu Allah mencipta seorang wanita daripada bunga (Zahrah) yang amat cantik. Zahrah pun mendatangi kedua-dua malaikat itu untuk menggodanya.

Kedua-dua malaikat itu tertarik dengan kecantikan Zahrah hingga timbullah keinginan terhadapnya.

Zahrah berkata, “Tidak, demi Allah, jika kamu mahu mengucapkan kalimah musyrik ini!”

Kedua-dua malaikat itu menjawab, “Tidak, demi Allah, sedikit pun kami tidak mahu mempersekutukan Allah untuk selama-lamanya!”

Zahrah meninggalkan mereka berdua. Beberapa saat kemudian, dia kembali lagi membawa anak kecil.

Apabila mendekati kedua-dua malaikat itu Zahrah berkata, “Tidak demi Allah, sebelum kamu bersedia membunuh anak kecil ini!”

Kedua-dua malaikat itu menjawab, “Tidak, demi Allah selamanya aku tidak akan membunuhnya!”

Zahrah meninggalkan mereka dan datang semula sambil membawa segelas arak. Setelah menyapa malaikat, Zahrah berkata,

“Tidak, demi Allah, sebelum kamu berdua minum arak ini!”

Akhirnya kedua-dua malaikat itu meminumnya hingga mabuk dan kemudian mereka berzina dengan Zahrah sebelum membunuh anak kecil itu.

Ketika kedua malaikat itu sadar, Zahrah berkata, “Demi Allah, ketika kamu dalam keadaan mabuk tadi, kamu sudah melakukan semua yang sudah kamu tolak sebelum ini.”

Akhirnya Harut-Marut diperintah untuk memilih antara siksa didunia atau di akhirat. Kedua-duanya memilih siksaan di dunia.

Diriwayatkan Makhul daripada Mu’adz, ketika kedua-dua malaikat itu sadar, maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka.

Pada saat Jibril datang, kedua-duanya menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, “Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan kedua-duanya menjadi semakin kuat. Jibril berkata, “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Maka mereka tahu bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Riwayat lain : Rabi’ Anas berkata, ketika Harut dan Marut sadar daripada mabuk, mereka akhirnya menyedari kesalahan yang sudah dilakukan ketika mabuk. Mereka menyesal.

Mereka ingin naik kembali ke langit, tetapi mereka sama sekali tidak mampu melakukannya, malah tidak mendapat izin. Mereka menangis dan meratapi nasib mereka.

Kedua-dua malaikat itu lalu mendatangi Nabi Idris sambil berkata, “Aku mohon supaya engkau mendoakan aku kepada Allah kerana sesungguhnya di langit aku sudah mendengar bahawa engkau disebut-sebut sebagai orang yang soleh.”

Nabi Idris mendoakan kedua-dua malaikat itu dan doanya dikabulkan hingga akhirnya mereka diperintahkan memilih antara azab di dunia atau akhirat.

Perawi hadis itu berkata, “Harut dan Marut pada saat itu berada di wilayah Badil, Parsi. Mereka digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa hingga pagi.”

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka mengepak-ngepakkan sayap sambil berdoa di Baitullah:

“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

Al-Kalabi berkata, “Seterusnya malaikat pun sentiasa memohon ampun kepada anak cucu Adam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”

Sunday, June 28, 2020

Sang Iblis Laknatullah di Ambang Maut..

Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.

Maka di jawab Allah SWT: “Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir”. Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: “Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut”. Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: “Tuhanku, cukup!! cukup!!”

Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut, pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: “Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangkakala, sedang orang ramai di pasar sedang sibuk bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengarlah suara yang sangat keras di langit, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya selama tiga hari.



Bagi mereka yang tidak pengsan bingung bagaikan kambing ketakutan. Dalam keadaan hirik pikuk sedemikian, maka terdengarlah lagi satu suara gemuruh bagaikan suara halilintar yang sangat keras bunyinya, maka tidak seorangpun melainkan mati kerananya dan kesemua manusia, jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain makhluk mati, maka tiba giliran iblis laknatullah pula untuk merasainya.

Maka Allah SWT pun memerintahkan malaikat Izrail: “Aku telah menjadikan padamu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir dan Aku telah memberikan kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini Aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan kemarahan, maka turunlah dengan membawa murka dan kemarahanKu kepada si celaka dan terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanyakepedihan maut yang telah dirasakan oleh orang yang terdahulu hingga terakhir dari jin dan manusia, berlipat-lipat ganda, dan hendaknya kamu membawa tujuh puluh ribu malaikat yang kesemuanya penuh rasa murka dan kecemasan, dan tiap malaikat Zabaniyah membawa rantai dari neraka Ladha, dan cabutlah dengan tujuh puluh ribu bantolan dari neraka Ladha, dan beritakan pada malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka”.

Maka turunlah malaikat Izrail dengan bentuk yang sangat mengerikan, sehingga andai kata seluruh penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuk yang mengerikan itu niscaya akan cair kesemuanya kerana tersangat ngeri akan keadaan bentuknya, maka apabila sampai kepada iblis laknatullah dan dibentaknya sekali sahaja, langsung ia pengsan dan berdengkur dan andaikan dengkur itu dapat didengari oleh penduduk timurhingga barat, niscaya pengsanlah kesemuanya.

Setelah sedar iblis laknatullah, lalu malaikat Izrail pun membentak iblis laknatullah sekali lagi: “Berhentilah hai penjahat!!!, kini aku rasakan padamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah engkau sesatkan dalam beberapa abad yang engkau hidup, dan hari inilah hari yang ditentukan oleh Tuhan bagimu, maka ke manakah engkau akan lari!!”

Maka larilah iblis laknatullah lari ketakutan ke hujung timur, tiba-tiba malaikat Izrail muncul di hadapannya. Lalu iblis laknatullah pun menyelam ke dalam laut, namun malaikat Izrail tetap muncul di hadapannya, lantas ia dilemparkan oleh laut, maka ia berlari keliling bumi, namun tetap tidak ada tempat untuknya berlindung. Kemudian iblis laknatullah berdiri di tengah dunia di kubur nabi Adam AS sambil berkata: “keranamu aku telah menjadi celaka, duhai sekiranya aku tidak dijadikan”. Lalu ia bertanya pada malaikat Izrail: “Minuman apakah yang akan kau berikan padaku dan dengan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?”

Malaikat Izrail pun menjawab: “Dengan minuman dari dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda”, maka bergulingan iblis laknatullah di tanah sambil menjerit sekeras suaranya, kemudian berlari ketakutan dari barat ke timur dan patah balik dari timur ke barat dan sampai ke tempat mula-mula ia diturunkan ke muka bumi ini.

Maka malaikat Zabaniyah AS pun menghadang iblis laknatullah dengan bantolan-bantolan dari neraka Ladha. Bumi ini bagaikan bara api, sedang iblis laknatullah dikerumuni oleh malaikat Zabaniyah dan menikamnya dengan bantolan-bantolan dari neraka itu.

Tatkala iblis laknatullah mula merasai sakratul maut maka dipanggil nabi Adam AS dan Siti Hawa untuk melihat keadaan iblis laknatullah itu, maka bangkitlah keduanya untuk menyaksikannya. Sesudah melihat, maka keduanya berdoa: “Ya Tuhan kami, sungguh engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami”.

Wallahu’alam…

Thursday, June 25, 2020

Kesilapan Kaum Hawa Ketika Menutup Aurat




Wahai kaum hawa yang dikasihi..tutuplah aurat kalian dengan sempurna.. mudah-mudahan kalian ditempatkan di maqam yang terpuji..
Kepada para suami/ayah/abg dan anak lelaki..nasihatilah isteri-isteri kalian..ibu-ibu kalian..kakak-kakak kalian..adik-adik perempuan kalian dan anak-anak perempuan kalian supaya menutup aurat dengan sempurna agar kalian tidak dipertanggungjawabkan di akhirat kelak..
Wahai para suami/ayah/abg dan anak lelaki.. ketahuilah ada 4 wanita yang boleh menarik kalian ke jurang Neraka iaitu :
1) isteri
2) ibu
3) kakak/adik perempuan
4) anak perempuan
Ketahuilah kita sebagai kaum adam begitu berat tanggungjawab yang hendak dipikul.. jika kita remehkan tugas kita sebagai kaum adam maka kita khuatir kita termasuk orang yang rugi di akhirat kelak..
Sila share post ini agar ramai wanita diluar sana diberi taufik untuk menutup aurat dengan sempurna..inshaAllah..

Wednesday, June 24, 2020

Kematian Itu Pasti





Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Mati adalah pemutus bagi kenikmatan dunia namun kenikmatan akhirat jauh lebih baik dan lebih kekal disisi Allah swt..
Firman Allah swt:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
(Al-A’raf: 34)
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:
اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ ... فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ
كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ ... ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ
Maksudnya: “Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan kematian boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakit, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.”
[Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]
Asy Syaikh Abdul 'Aziz bin Baz rahimahullah berkata :
"Janganlah engkau mengatakan : "Saya masih muda dan nanti saya akan bertaubat"
Betapa banyak dari pemuda yang dijemput kematian sebelum ia berusia tua, dan betapa banyak dari petani yang ditimpa kematian sebelum ia menuai tanamannya.
Kematian itu datangnya secara tiba-tiba.
Amalan soleh akan bermanfaat bagimu di dunia dan akhirat. Seandainya engkau hidup seribu tahun dan engkau di atas ketaatan kepada Allah maka engkau berada di atas kebaikan.
Jangan tertipu dengan usia muda, kekuatan dan harta yang ada padamu.
Waspadalah dan persiapkanlah bekal baik di saat usia muda, setengah umur ataupun di usia tua sehingga engkau berjumpa dengan Rabbmu.
Waspadailah sebab-sebab kebinasaan. Dan mohonlah taufik dan pertolongan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dialah Pemberi hidayah dan taufik Jalla wa 'Ala.
Mohonlah kepada-Nya dengan penuh kerendahan hati agar memberimu hidayah serta menolongmu untuk senantiasa berdzikir kepada-Nya, bersyukur kepada-Nya dan baik dalam beribadah kepada-Nya.

Nikmat Tidur


Antara nikmat yang sangat besar bagi kita adalah nikmat tidur. Tidur bukan sahaja merehatkan badan dan otak kita tapi juga menjadi tanda kebesaran Allah swt. Ingat kisah pemuda ashabul kahfi yang ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun?. Kisah mereka menjadi tanda kebesaran Allah swt dalam menyelamatkan mereka dari kaum musyrik. Firman Allah swt :

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi 18:9)

Allah juga merakamkan di dalam Al Quran bahawa DIA-lah yang menidurkan kita di waktu malam sebagai bukti dan tanda kekuasaan Allah yang Maha Agung :

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.(Al-An'aam 6:60)

Seharian kita berpenat mengejar dunia, malam menjadi tempat untuk kita beristirehat. Syukurlah dengan nikmat tidur ini. Ada orang tidak boleh tidur malam kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Cuba bayangkan kalau Allah tarik nikmat tidur ini?, kita pasti merana. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt.

Sunday, March 29, 2020

Tips Untuk Bebas Dari Azab Kubur

■ Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur. 

■ Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

 ■ Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya". 

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

 ■ AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur. 

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat. 

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari. 

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur. ■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

 ■ Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada al Mulk dalam dada kita. 

■ Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu. 

■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga. 

■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

 ■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa.


4 Jenis Orang Yang Tidak Tersentuh Api Neraka

Rasulullah saw bersabda : ‎ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ - ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ "Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang Haram baginya tersentuh api neraka?" Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulallah!" Beliau menjawab: "(yang Haram tersentuh api neraka adalah) orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl." (H.R. At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban). 

1. Hayyin 
- Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir maupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta teduh jiwanya.. 

2. Layyin 
- Orang yang lembut dan santun, baik dalam bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak semahunya bersendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk sesama manusia 

3. Qarib 
- Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. Dan murah senyum jika bertemu. 

4. Sahl 
- Orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada penyelesaian bagi setiap permasalahan. Sabda Rasulullah SAW "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"



Tuesday, March 24, 2020

Cara Mengawal Hawa Nafsu


Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata,
"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri saya?"
Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.
Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.
Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.
Orang alim bertanya kepadanya,
"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi?"
Pemuda itu menjawab,
"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."
Orang alim pun berkata,
"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam hatinya."
Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.


Friday, January 17, 2020

Zikir Istimewa Yang Memberatkan Timbangan Amal




Dari Ummul mu'minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahwasanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bersembahyang Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya. Kemudian beliau SAW kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau SAW bersabda: "Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan," Juwairiyah menjawab, "Ya." Nabi SAW lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau ucapkan sejak hari ini tadi, niscaya kalimat-kalimat yang saya ucapkan itu menang daripada yang engkau ucapkan. Kalimat-kalimat itu ialah: "Subhanallahi wa bihamdihi, 'adada khalqihi, wa ridha nafsihi, wa zinata 'arsyihi, wa midada kalimatihi - Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya. sebanyak hitungan makhlukNya, sesuai dengan keredhaan ZatNya, seberat timbangan 'arasyNya dan sepanjang beberapa kalimahNya."

(Riwayat Muslim)

Mudahkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. hanya dengan amalkan zikir istimewa ini ianya akan memberatkan timbangan amal kita.. cukup sehari 3 kali kita baca dan kalau nak lebih lagi bagus.. Mudah-mudahan kita digolongkan dalam golongan yang banyak berzikir kepada Allah SWT..

Thursday, January 16, 2020

Zikir Masuk Ke Pasar

Dari ‘Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَخَلَ السُّوق فَقَالَ : لا إِلَه إِلَّا اللَّه وَحْده لا شَرِيك لَهُ، لَهُ الْمُلْك وَلَهُ الْحَمْد، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيّ لا يَمُوت، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلّ شَيْء قَدِير، كَتَبَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ، وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ، وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ – وفي رواية: وبنى له بيتاً في الجنة –

“Barangsiapa yang masuk pasar kemudian membaca (zikir): “Laa ilaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wa yumiit, wa huwa hayyun laa yamuut, bi yadihil khoir, wa huwa ‘ala kulli sya-in qodiir” [Tiada sembahan yang benar kecuali Allah semata dan tiada sekutu bagi-Nya, milik-Nyalah segala kerajaan/kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, Dialah yang maha hidup dan tidak pernah mati, ditangan-Nyalah segala kebaikan, dan Dia maha mampu atas segala sesuatu]”, maka allah akan menuliskan baginya satu juta kebaikan, menghapuskan darinya satu juta kesalahan, dan meninggikannya satu juta derajat – dalam riwayat lain: dan membangunkan untuknya sebuah rumah di surga
(HR at-Tirmidzi (no. 3428 dan 3429), Ibnu Majah (no. 2235), ad-Daarimi (no. 2692) dan al-Hakim (no. 1974) dari dua jalur yang saling menguatkan. Dinyatakan hasan oleh imam al-Mundziri (dinukil oleh al-mubarakfuri dalam kitab “’Aunul Ma’bud” 9/273) dan syaikh al-Albani dalam kitab “Shahihul jaami’” (no. 6231))

zikir masuk pasar ini adalah cara express untuk menjadi jutawan di akhirat. Jom hafal dan amalkan dalam hidup sehari-hari kita. 

Wednesday, January 8, 2020

Bila Syaitan Akan Ketawa dan Menangis?


Dalam sebuah hadis dikatakan BAHAWA SYAITAN AKAN KETAWA apabila seseorang MENGUAP dengan mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "hwaaaa"...


Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda: "SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI BERSIN DAN MEMBENCI MENGUAP...Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya perlu mendoakannya... Adapun MENGUAP datangnya dari syaitan, kerana itu tahanlah sedapat mungkin... Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya)...

SYAITAN AKAN MENANGIS, apabila seseorang membaca SURAH AS-SAJDAH dan ketika sampai pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud Sajdah.

Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadith Rasulullah saw:" Apabila anak Adam membaca surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah/tilawah (ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15), MAKA SYAITAN AKAN PERGI MENANGIS SAMBIL BERKATA: "ADUH CELAKA DAN SIALNYA NASIBKU" BANI ADAM DIPERINTAH SUJUD, maka kemudian dia sujud, maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah sujud aku menolak maka bagiku neraka.”.... (HR. Muslim)


Kediaman di Syurga


Penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...
# sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam.
# Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan.

# Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa.

# Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur."
(Riwayat Abu Naim dari Jabir).

Sunday, January 5, 2020

Kelebihan Puasa Daud

Puasa Daud berarti sehari berpuasa, keesokan harinya tidak berpuasa, dan berpuasa lagi besoknya. Ini adalah sebaik-baik puasa dan derajat puasa yang paling tinggi.


Puasa Daud adalah puasa yang paling disukai oleh Allah. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan padanya,

“Sebaik-baik shalat di sisi Allah adalah shalatnya Nabi Daud ‘alaihis salam. Dan sebaik-baik puasa di sisi Allah adalah puasa Daud. Nabi Daud dahulu tidur di pertengahan malam dan beliau shalat di sepertiga malamnya dan tidur lagi di seperenamnya. Adapun puasa Daud yaitu puasa sehari dan tidak berpuasa di hari berikutnya.” (HR. Bukhari no. 1131).

“Setiap amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa, sebab ia hanyalah untukku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya secara langsung ”. (HR Bukhari dalam Shahihnya: 7/226 dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu’anhu).

Seperti yang kita tahu, puasa Daud adalah puasa yang terbaik maka kita kena ambil peluang ini untuk raih ganjaran yang tidak ternilai dari amalan puasa Daud ini.. Di bawah ini niat puasa Daud :


Mungkin pada permulaan kita akan rasa sukar sedikit tetapi tidak salah mencuba. InshaAllah mudah-mudahan Allah terima puasa kita.


Berharaplah Hanya Pada Allah swt

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (94:8)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperoleh keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.
Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya"
(HR Muslim)


Hari ini kadang-kadang kita terlalu banyak BULI DIRI SENDIRI sebenarnya.
Bagaimana?
Kita letakkan PENGHARAPAN yang sangat tinggi pada pada makhluk sampai kita KECEWA.

Hakikatnya kita lupa yang sepatutnya kita berharap hanyalah pada Allah, dan segala makhluk yang ada ini cuma ASBAB untuk kita kembali pada Allah.

Tapi bila kita sudah letakkan harapan kepada selain Allah, pada ketika itu mulalah kita akan banyak persoalkan itu dan ini bila kita tak dapat apa yang kita INGINKAN.

Sebagai contoh seseorang yang sangat berhajat pada DUIT, dia pasti dan pasti akan berusaha untuk dapatkannya dengan cara bekerja, meniaga dan sebagainya.
Tapi ketika mana ditakdirkan dia tak dapat duit yang MENCUKUPI pada ketika itu dia akan mula menyalahkan sekelilingnya kerana ganggu urusan hidupnya.

Hakikat yang sebenar ialah dia LUPA yang berusaha itu dirinya dan yang hanya mampu MEMBERI itu adalah Allah.
Tapi bila tiada pengharapan yang PENUH kepada Allah pada ketika itulah seseorang akan lakukan walau PERKARA HARAM untuk dapatkan DUIT.

Begitu seseorang yang sedang BERCINTA dan tanpa ada bimbingan AGAMA, mungkin dia sudah merancang untuk berkahwin setelah SEKIAN LAMA lagi.
Akan tetapi ketika mana hubungan itu TERPUTUS di tengah jalan pada ketika itu kita boleh lihat bagaimana KECEWANYA dirinya kerana tak mendapatkan sesuatu yang dia MAHU.

Sedang dia juga LUPA yang segala apa yang TERBAIK untuk dirinya hanya Allah yang MAHA MENGETAHUI.
Boleh jadi Allah tidak beri apa yang dia mahu dan diganti dengan seseorang yang TERLEBIH BAIK.
Tapi bila TIADA PENGHARAPAN, dia akan MENYALAHKAN Allah dan itulah tanda KECELAKAAN pada dirinya.


Jadi sahabatku,
Segala apa yang berlaku ini semuanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Jadi BERHARAPLAH hanya kepada Allah kerana dengan keyakinan itulah yang akan menaikkan DARJAT kita untuk berasa lebih DEKAT dengan Allah.

Allah sangat-sangat sayang pada kita sebab itulah segala urusan hidup ini adanya bimbingan AGAMA.
Tapi bila hamba BERLEPAS diri dari bimbingan dan ikut segala kemahuan dirinya, pada ketika itulah dia sedang LARI dari segala KEINDAHAN yang Allah telah sediakan untuk dirinya.


Al-Faqir,
@ahmadzakirrr