Di antara beza kita dengan malaikat adalah nafsu. Malaikat tiada jantina dan tiada nafsu. Mereka senantiasa bertasbih memuji Allah swt. Manusia pula berjantina dan mempunyai nafsu. Dengan adanya nafsu, manusia dapat makan, minum dan membiak. Adapun hikmah nafsu diwujudkan oleh Allah swt adalah untuk menguji manusia samaada manusia menyembah nafsu atau Tuhan yang menciptakan mereka iaitu Allah swt. Di dalam firmanNya :
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
Di dalam ayat di atas, kita dilarang untuk mengikut hawa nafsu kerana hawa nafsu manusia mendorong kepada ke arah kesesatan. Ada 7 peringkat nafsu dan pada gambar di atas dijelaskan 7 peringkat nafsu tersebut dan kita sebagai manusia perlu berusaha mencapai nafsu muthmainnah. Firman Allah ada menyebut :
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
Jika kita dapat naik sehingga ke peringkat nafsu kamilah adalah lebih baik tetapi tidak ramai yang dapat capai peringkat nafsu kamilah ini. Namun tidak salah berdoa supaya nafsu kita sampai ke peringkat tersebut. InshaAllah..
Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian, iblis dan syaitan tidak akan berhenti untuk menyesatkan seluruh ummat jin dan manusia sehinggalah kiamat berlaku. Maka sama-samalah kita menjaga iman dan taqwa kita kepada Allah swt..
No comments:
Post a Comment