Saturday, December 28, 2019

Hutang Jenazah Di lunaskan Jibril as

Ketika Rasulullah SAW sedang duduk di gerbang kota Madinah, tiba-tiba ada jenazah yang hendak dishalati. Kemudian beliau bertanya, "Apakah dia punya tanggungan hutang?"


"Ia mempunyai tanggungan hutang 4 dirham atau 400 dirham", kata salah seorang Sahabat.
"Shalatilah jenazahnya! Aku tidak akan menyalati jenazah seseorang yang mempunyai tanggungan hutang 4 dirham atau 400 dirham dan belum dilunasi", sabda Baginda Rasul SAW.


Selang beberapa lama kemudian, Malaikat Jibril turun dan mengatakan: "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT membacakan salam kepadamu. Aku telah diutus berwujud seseorang dan melunasi hutang lelaki yang meninggal itu. Maka shalatilah jenazah lelaki itu, karena Allah telah mengampuninya!"



"Bagaimana ia mendapat kehormatan ini?", tanya Nabi penasaran.


"Karena bacaannya. Setiap hari ia tak pernah lepas membaca surah al-Ikhlas sebanyak 100 kali. Dimana kandungan surah Al Ikhlas terdiri atas penjelasan sifat-sifat Allah dan pujian terhadapNya", terang Jibril AS.

Surah Al Ikhlas mempunyai begitu banyak manfaatnya. Maka jika kita masih ada hutang, eloklah diamalkan surah Al Ikhlas ini sebanyak 100 kali.. Tak sampai 15 minit untuk lengkapkan bacaan cuma rajin atau malas sahaja..


Sunday, November 24, 2019

Siapa Brother Shah Kirit Sebenarnya?




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ




Mengenali Brother Shah Kirit Kalkulal Govidji

Brother Shah Kirit pada asalnya adalah seorang penganut Hindu yang telah memeluk Islam pada tahun 1996. Pada mulanya, niat Shah Kirit Kakulal Govindji ingin memeluk agama Islam hanyalah dengan satu tujuan iaitu untuk berkahwin dengan seorang gadis Melayu. Namun kini, setelah lebih 17 tahun menganut Islam, Brother Shah bukan sahaja menjadi seorang Muslim yang soleh tetapi pada masa sama menjadi pendakwah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Gaya, penampilan dan penyampai Brother Shah Kirit mirip pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik. Beliau yang pernah berkrusus dengan Dr Zakir Naik telah banyak terlibat dalam kursus intensif perbandingan agama antaranya ialah; ‘International Da’wa Training Program’ di IRF Mumbai yang dianjurkan Dr Zakir Naik. Dan “Training the Trainer” course di Nigeria yang dianjurkan oleh Nuruddeen Lemu & Asiya Rodrigo dari Islamic Education Trust.

Kini, Brother Shah Kirit merupakan antara tenaga pengajar dan penasihat kepada program Kelas Peradaban Nabawi USMKK. Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Saba’ Islamic Media Maju Junction turut bertugas sebagai Ketua Pegawai Dakwah Islamic Information & Services Foundation (IIS), sebuah organisasi dakwah untuk memberi informasi mengenai agama Islam yang terletak di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Penceramah Dan Pendakwah

Brother Shah berpengalaman menyampaikan ceramah mengenai Islam di gereja-gereja sekitar Kuala Lumpur dan sering dijemput untuk memberikan ceramah-ceramah perbandingan agama dan terlibat dalam Dialog antara agama di seluruh tanah air. Beliau juga kini merupakan tenaga pengajar bagi program perbandingan agama “Friendly Comparative Religion”.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa orang yang suka dipanggil ‘Brother Shah’ ini, mungkin salah seorang penceramah utama dan yang paling popular di Perbandingan Agama Islam dan bukan Islam di Malaysia dan nusantara kini.


Sebagai pegawai dakwah yang terkemuka di IIS, beliau telah menyampaikan ceramah dan memberi kursus Perbandingan Agama untuk sekian lama. Beliau juga merupakan Duta Dakwah di SABA Islamic Media Sdn Bhd, setelah menyertai organisasi pada tahun 1999.


Brother Shah seorang yang ikhlas, sederhana dan sentiasa merendah diri serta mudah mesra. Sesuai dengan tujuan utama dalam kehidupan bagi menjelaskan Islam kepada sesiapa sahaja dengan cara yang paling langsung dan mudah yang mungkin, dengan itu menjadikan mesej yang jelas Islam yang aman dan diharapkan membuat perbezaan untuk Peace & Harmony seluruh negara dan dunia.


Secara ringkas, ia adalah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak menyukainya Brother Shah, walaupun seseorang tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Sebagai seorang peguam bela yang sukakan kebenaran dan keadilan, beliau tidak teragak-agak untuk membetulkan tindakan dan keadaan di sekelilingnya, sama ada di kalangan orang Islam atau bukan Islam.


Brother Shah Kongsi Kisah Hidup


Bagaimanakah Shah Kirit, seorang yang berketurunan India boleh berubah sepenuhnya daripada kehidupan asalnya berbanding kini?

“Saya bersekolah sehingga tingkatan enam di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Sebaik sahaja menamatkan pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat pemasaran swasta yang mempunyai pekerja berbilang kaum termasuk Melayu.”

“Saya tertarik dengan seorang gadis Melayu di tempat kerja saya itu kerana kecantikannya. Namun, pada masa yang sama saya sering mengingatkan diri supaya jangan bercinta dan berkahwin dengan gadis berlainan kaum.”

“Tapi saya amat mencintainya sehingga pernah terfikir ingin berhijrah ke egara lain untuk berkahwin dengan gadis tersebut. Buntu dengan perkara ini saya berjumpa dengan beberapa orang ustaz.”

“Tetapi sebilangan daripada mereka menggalakkan saya untuk memeluk agama Islam yang mana saya dituntut supaya solat lima waktu, berpuasa dan membayar zakat hingga menyebabkan saya takut dan gusar,” katanya.



Menurutnya lagi, pendekatan bagi orang bukan Islam memeluk agama Islam perlu diubah kerana mereka memerlukan masa untuk mendalami Islam dan mengamalkan cara hidup agama itu dengan sempurna.



“Hati saya bagaimanapun ketika itu masih belum tergerak sepenuhnya untuk memeluk Islam sehinggalah saya berjumpa dengan pendakwah dari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Perak, Ustaz Ali Chin.”

“Ustaz Ali sanggup mengorbankan masanya untuk berjumpa dengan saya setiap hari sambil menceritakan soal akidah dan ketuhanan menyebabkan hati ini tersentuh dengan Islam.”

“Selain itu, Ustaz Ali turut menceritakan bagaimana Allah mencipta manusia di samping menasihatkan saya belajar secara beransur-ansur untuk memahami Islam,” ujar anak sulung daripada lima beradik itu.”


Tidak Berani Berterus-Terang


“Keluarga dapat menghidu hasrat saya untuk memeluk Islam dan langsung tidak bersetuju dengan hasrat saya itu tetapi berkat kesabaran Ustaz Ali berdakwah kepada saya serta hidayah Allah, akhirnya pada bulan Ramadhan 1996 semasa berusia 30 tahun saya sah memeluk Islam.”

“Tetapi saya sembunyikan perkara itu daripada keluarga. Apabila balik ke rumah keluarga, saya solat secara bersembunyi dan mengamalkan ajaran Islam dengan agak terhad.”

“Bagi adik-adik saya, mereka menerima keadaan saya masa itu kerana hormatkan saya sebagai abang sulung. Tetapi saya tidak berani memberitahu ibu dan bapa saya,” katanya yang enggan mendedahkan nama isterinya itu.


Keadaan itu membuat Shah Kirit agak tertekan sehingga pernah terfikir untuk bersolat di bilik mandi rumah keluarganya itu.


“Tidak lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan gadis pilihan walaupun tidak dipersetujui keluarga selain memberitahu saya telah menjadi penganut agama Islam.”

“Tentunya keluarga agak marah semasa itu tetapi Allah memberikan akal fikiran untuk kita berfikir. Sebelum saya membawa isteri berjumpa keluarga, saya ajar dia serba sedikit bahasa Tamil, memakai baju Punjabi tetapi bertudung, budaya serta makanan orang India.”

“Gementar saya sewaktu membawa isteri saya berjumpa keluarga buat pertama kali. Tetapi syukur penerimaan mereka amat baik dan cukup terkejut apabila isteri saya tahu serba sedikit kebudayaan dan cara hidup kami sekeluarga.”

“Malah, sepanjang tiga hari berada di rumah keluarga saya, isteri saya dilayan dengan sepenuh kasih sayang sehingga mereka lebih sayangkan dia menyebabkan saya berasa iri hati pula,” katanya diiringi ketawa.


Transformasi Hidup


Shah Kirit yang lebih senang mengekalkan nama asalnya kini sibuk dengan undangan berceramah mengenai al-Quran dan sains, wanita dan soal akidah Islam sehingga pernah dalam sehari menerima tiga jemputan berceramah pada waktu yang sama.


“Dulu hidup saya kosong tetapi kini saya hidup semata-mata untuk mencapai keredaan Allah. Jika dulu saya menganggap kematian itu satu perkara menakutkan tetapi apabila saya bersungguh-sungguh mempelajari Islam, barulah saya sedar sebenarnya perkara itu akan dilalui semua orang,” tuturnya yang turut menerima jemputan berceramah di Indonesia, Singapura, dan Bangladesh.



Dia juga bersyukur kerana sepanjang berceramah lebih lapan tahun, terdapat beberapa orang peserta ceramahnya yang menganut agama Islam kerana tertarik dengan isi ceramahnya.



“Hidayah itu Allah sendiri yang beri tetapi dalam masa sama kita tidak boleh berdiam diri tanpa berusaha kerana usaha dakwah itu wajib bagi setiap individu Islam.”

“Walaupun saya pernah menerima surat layang menuduh saya ingin mengejar pangkat, nama dan glamor seperti penceramah agama terkenal sedia ada, namun saya tidak mempedulikannya, Ini kerana saya yakin Islam itu hadir sebagai penyelesaian kepada setiap masalah umat manusia,” mengakhiri bicaranya.



والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

source : syafiqolbu

Thursday, November 21, 2019

Pohon Sahabi masih hidup sampai sekarang



POHON SAHABI, Pohon Tempat Nabi Muhammad Saw Berteduh yang masih hidup sampai sekarang.

1. Di sinilah dulu Nabi Muhammad Saw pernah berteduh sambil menjaga Unta dan barang dagangan Kabilah.

2. Dahan-Dahan Pohon ini melindungi Nabi Muhammad Saw dari teriknya panas Matahari.

3. Pohon ini berada di tengah-tengah Padang Pasir gersang di Yordania.


4. Meski hidup di tempat yang panas, Pohon ini tumbuh subur dan mampu bertahan selama ribuan tahun lamanya.

5. Karena jadi satu-satunya sahabat Nabi Saw yang masih hidup, Pohon ini sering dikunjungi oleh Muslim di seluruh Dunia.

6. Kadang Pohon ini suka menggugurkan Daunnya, namun kemudian tumbuh subur kembali.

Waktu kecil, Nabi Muhammad Saw pernah diajak Pamannya ; Abu Thalib menuju Basra, Syam, untuk berdagang. Di tengah perjalanan, saat Beliau masih kecil bertemu dengan seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira. Pendeta itulah yang mengetahui tanda-tanda Kenabian Muhammad berdasarkan Alkitab.

aat bertemu dengan rombongan Abu Thalib, Buhaira melihat seorang anak yang memiliki ciri-ciri Kenabian. Kemudian Buhaira menjamu Kabilah untuk makang siang. Namun Muhammad tidak datang ke jamuan tersebut karena ia ditugaskan untuk menjaga Unta dan barang dagangan sambil berteduh di bawah Pohon Sahabi. Melihat Muhammad tidak hadir, Buhaira segera mencari anak kecil itu.

Buhaira melihat ciri-ciri lain Kenabian Muhammad ketika Dahan-Dahan Pohon itu melindungi Muhammad dari Panasnya Matahari. Dia semakin yakin kalau anak kecil ini kelak akan menjadi Nabi terakhir.

Pohon itu namanya Pohon Sahabi dan masih hidup sampai sekarang. Setelah 1400 tahun berlalu, Pohon tersebut ditemukan masih hidup oleh seorang pangeran dari Yordania.

Ajaibnya, Pohon itu bisa bertahan hidup selama ribuan tahun di tempat yang sangat panas dan tidak ada tumbuhan lain di sekitar Pohon Sahabi. Meskipun demikian, pohon ini bisa tumbuh subur dan bertahan selama ribuan tahun lamanya.

Allah Swt sengaja tetap menghidupkan Pohon Sahabi ini agar jadi pengingat dan bukti sejarah Islam di masa lalu…Hal apapun yang berkaitan dengan Nabi Muhammad Saw, itu pasti kekal dan Mulia adanya…💖💖💖

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Sunday, November 17, 2019

3 Perkara Yang Disukai

Allah swt suka 3 perkara:
1) menggunakan keupayaan diri dan harta ke jalanNya
2) menangis kerana kesal atas dosa semasa bertaubat
3) sabar semasa ditimpa kesempitan

Rasulullah saw suka 3 perkara :
1) wangi-wangian
2) wanita
3) solat

Saidina Umar suka 3 perkara:
1) Amar makruf
2) nahi mungkar
3) pakai pakaian yang usang

Saidina Uthman suka 3 perkara:
1) beri makan kepada orang yang kelaparan
2) memberi pakaian kepada orang yang tidak punya pakaian
3) membaca Al Quran

Saidina Ali suka 3 perkara:
1) melayani tetamu
2) berpuasa di hari yang panas
3) pancung kepala musuh

Malaikat Jibril as suka 3 perkara:
1) memimpin orang yang sesat
2) mengasihi orang miskin yang soleh
3) membantu orang miskin yang ramai anak

Friday, September 27, 2019

Kelebihan dan Fadhilat Zikir Tauhid

Salah satu jalan untuk mengingati Allah SWT ialah dengan berzikir, oleh kerana itulah umat Islam digalakkan memperbanyakkan berzikir kepada Allah SWT jika mahu hampir kepada-Nya. Zikir adalah amalan yang sangat mulia dan sangat dituntut serta disukai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ianya merupakan rangkaian iman yang harus disempurnakan oleh semua umat Islam dalam keadaan khusyuk dan tawaduk. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sebutlah (nama) serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (untuk melanggar perintah-Nya) dan dengan tidak pula mengeraskan (menyaringkan) suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk (menjadi) dari orang-orang yang lalai.” (Surah Al-’Araaf [007], ayat 205)

Zikir tauhid iaitu dengan mengucapkan 'Laa ilaha illallah' adalah amalan zikir yang paling mulia. Di antara kelebihan dan fadhilat zikir tauhid ialah :

Pertama : Pengamal akan mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, “Dari Abu Hurairah r.a. berkata : Telah bersabda Rasulullah SAW : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Kedua : Mendapat jaminan masuk Syurga.

Dari Zaid bin Arqam Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Barangsiapa yang mengucapkan ‘Lailahaillallah’ dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanya kepada baginda SAW, “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Ketiga : Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka.

Dari Umar r.a. meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu ‘Lailahaillallah.’” (Hadis riwayat al-Hakim)

Keempat : Amalan zikir tersebut mendapat timbangan yang lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah ‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.” (Hadis riwayat at-Tabarani)

Kelima : Merupakan anak kunci Syurga.

Muaaz bin Jabal Radiallahuanhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah ‘Lailahaillallah’.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu marilah kita perbanyakkan zikir tauhid ini.. Mudah-mudahan Allah senantiasa melimpahkan rahmatNya kepada kita semua terutama kepada mereka yang lisan dan hatinya sentiasa berzikir kepada Allah swt. 

Friday, June 28, 2019

Allah Ampunkan Segala Dosa

Sejujurnya kita tidak dapat lari dari dosa dan kesilapan. Ada sahaja dosa yang kita sedar mahupun tidak sedar. Sebab itu kita dianjurkan untuk beristighfar setiap hari. Istighfar terbaik adalah sayyidul istighfar. Janganlah kita putus asa dari rahmat Allah. Maksiat yang kita lakukan Allah boleh ampunkan dan Dia tidak mengira berapa besarnya dosa maksiat kita. Apa yang penting kita wajib bertaubat dan tidak mengulangi dosa yang kita lakukan. Dalam firmanNya :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat di atas untuk mereka yang mati tidak menyekutukan Allah. Jika mati dalam keadaan syirik maka Allah tidak akan ampunkan buat selama-lamanya. Semoga kita dijauhkan dari dosa syirik.


Satu Amalan Zikir Yang Akan Memenatkan 70 Malaikat

Imam ath-Thabraani dalam "al-Kabir" dan "al-Awsath", Imam Nuruddin Abul Hasan 'Ali al-Haytsami dalam "Majma` az-Zawaaid", al-Khatib dan Ibnu an-Najjar meriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Abbas radhiyaAllahu `anhuma bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:


"Sesiapa yang mengucapkan: "JazaAllahu `anna Muhammadan maa huwa ahluh - Maksudnya : Mudah-mudahan Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad dengan balasan yang selayaknya buat baginda", ianya memenatkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 pagi (yakni 1000 hari)."

Apa yang disabdakan oleh Junjungan Nabi SAW tadi adalah ibarat dan kinayah tentang besarnya ganjaran yang bakal diperolehi bagi seseorang yang mengamalkan bacaan tersebut sehingga dikatakan ianya seumpama memenatkan 70 malaikat menulis pahalanya selama 1000 hari. Punyalah banyak sehingga diibaratkan malaikat yang tak reti penat pun akan "kepenatan". Akan besar fadhilatnya sehingga ramai ahli ibadah yang menjadikannya wirid harian mereka, antaranya Imam asy-Sya'raani rahimahullah yang menyatakan dalam karya beliau "al-`Uhuud al-Muhammadiyyah":- "Ucapan ini adalah antara wirid-wirid yang menjadi amalanku, di mana aku membacanya 1000 kali setiap pagi dan 1000 kali setiap petang pada setiap hari, alhamdulillah."

Monday, April 8, 2019

4 Amalan Zikir Yang Dicintai dan Disukai Allah swt dan Para Malaikat

IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi "Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem."(HR Muslim)

Amalan yang disukai Allah ialah "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

Allah berfirman dalam al-Quran: ”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahzaab: 41-42). 


Hadith yang membicarakan keutamaan zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar"

1. Rasulullah saw. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".(HR Ibnu Majah) 

2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."(Hadith Riwayat Muslim) 

3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai”.(HR. Muslim no. 2137). 

4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 'Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari."(HR. Muslim no. 2695). 

Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.

5. Dari Ummi Hani' binti Abu Thalib dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kepada beliau, "Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang bisa saya lakukan dengan duduk." Beliau bersabda: "Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, karena itu sama dengan kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Isma'il. Bertahmidlah kepada Allah seratus kali karena itu sama dengan seratus kuda berpelana yang memakai kekang di mulutnya, yang kamu bawa di jalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir karena ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali." Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda: "Karena ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan semisal yang kamu lakukan itu."
(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316) 

6. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.”(HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan) 

7. Dari Ibnu Mas'ud, ia berkata, Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam bersabda, "Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Surga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).”
(HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan) 

8. Dari Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: subhanallah (Maha suci Allah) dan alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barangsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan seperti itu juga, dan barangsiapa mengucapkan alhamdulillahi Rabbil 'aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya."(HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. InshaAllah.

Friday, February 1, 2019

Kisah Ahli Ibadah Masuk Neraka

Rasulullah pernah berkisah tentang dua orang bersaudara dari kalangan Bani Israil. Yang satu sering berbuat dosa, sementara yang lain sebaliknya: sangat tekun beribadah. Yang terakhir disebut ini rupanya tak henti-hentinya menyaksikan saudaranya itu melakukan dosa hingga mulutnya tak betah untuk tidak menegur.

"Berhentilah!" Sergahnya.

Teguran seolah hanya masuk melalui telinga kanan dan keluar lagi lewat telinga kiri. Perbuatan dosa berlanjut dan sekali lagi tak luput dari mata saudaranya yang rajin beribadah. "Berhentilah!" Sergahnya kembali.

Si pendosa lantas berucap, "Tinggalkan aku bersama Tuhanku. Apakah kau diutus untuk mengawasiku?"

Saudara yang ahli ibadah pun menimpali, "Demi Allah, Allah tidak akan mengampunimu. Allah tidak akan memasukkanmu ke surga."

Cerita ini tertuang dalam sebuah Hadits shahih yang diriwayatkan Abu Dawud dan Ahmad. Di ujung, Hadits tersebut melanjutkan, tatkala keduanya meninggal dunia, keduanya pun dikumpulkan di hadapan Allah subhanahu wata'ala.

Kepada yang sungguh-sungguh beribadah, Allah mengatakan, "Apakah kau telah mengetahui tentang-Ku? Apakah kau sudah memiliki kemampuan atas apa yang ada dalam genggaman-Ku?"

Drama keduanya pun berlanjut dengan akhir yang mengejutkan.

"Pergi dan masuklah ke surga dengan rahmat-Ku," kata Allah kepada si pendosa. Sementara kepada ahli ibadah, Allah mengatakan, "(Wahai malaikat) giringlah ia menuju neraka."

Kisah di atas menyiratkan pesan kepada kita untuk tidak merasa paling benar untuk hal-hal yang sesungguhnya menjadi hak prerogatif Allah. Tentu beribadah dan meyakini kebenaran adalah hal yang utama. Tapi menjadi keliru tatkala sikap tersebut dihinggapi takabur dengan menghakimi pihak lain, apakah ia bahagia atau celaka di akhirat kelak. Sebuah kata bijak menyebutkan, “Perbuatan dosa yang membuatmu menyesal jauh lebih baik ketimbang beribadah yang disertai rasa ujub.”

Tentang etika dakwah, Islam pun mengajarkan bahwa tugas seorang mubaligh sebatas menyampaikan, bukan mengislamkan apalagi menjanjikan kenikmatan surgawi.

Vonis terhadap orang ini-itu sebagai golongan kafir atau bukan, masuk neraka atau surga, sangat tidak dianjurkan karena melangkahi Rabb, penguasa seluruh ciptaan. Islam menekankan umatnya muhasabah atau koreksi diri sendiri daripada mencari kesalahan pribadi orang lain yang belum tentu lebih buruk di hadapan Tuhan. 

Hikmah Nafsu



Di antara beza kita dengan malaikat adalah nafsu. Malaikat tiada jantina dan tiada nafsu. Mereka senantiasa bertasbih memuji Allah swt. Manusia pula berjantina dan mempunyai nafsu. Dengan adanya nafsu, manusia dapat makan, minum dan membiak. Adapun hikmah nafsu diwujudkan oleh Allah swt adalah untuk menguji manusia samaada manusia menyembah nafsu atau Tuhan yang menciptakan mereka iaitu Allah swt. Di dalam firmanNya :

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).

Di dalam ayat di atas, kita dilarang untuk mengikut hawa nafsu kerana hawa nafsu manusia mendorong kepada ke arah kesesatan. Ada 7 peringkat nafsu dan pada gambar di atas dijelaskan 7 peringkat nafsu tersebut dan kita sebagai manusia perlu berusaha mencapai nafsu muthmainnah. Firman Allah ada menyebut :

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Jika kita dapat naik sehingga ke peringkat nafsu kamilah adalah lebih baik tetapi tidak ramai yang dapat capai peringkat nafsu kamilah ini. Namun tidak salah berdoa supaya nafsu kita sampai ke peringkat tersebut. InshaAllah..

Ketahuilah sahabat-sahabatku sekalian, iblis dan syaitan tidak akan berhenti untuk menyesatkan seluruh ummat jin dan manusia sehinggalah kiamat berlaku. Maka sama-samalah kita menjaga iman dan taqwa kita kepada Allah swt..


Hikmah Petir Di Langit



Kebiasannya petir muncul sebelum hujan dan semasa hujan turun ke bumi. Adakala ia muncul tanpa hujan. Itu tanda kekuasaan Allah yang Maha Besar. Di dalam firmanNya :

Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).

Ya, mendengar petir berdentum di langit sangat menakutkan kerana bunyinya yang amat luar biasa, boleh jadi dengan petir itu kita kehilangan pendengaran. Petir juga adalah makhluk Allah swt yang senantiasa bertasbih. Ini dapat dibuktikan di dalam firmanNya :

Dan Dia lah juga yang guruh dan malaikat bertasbih memujiNya, kerana takut kepadaNya. Dan Dia lah juga yang menghantarkan petir, lalu Ia mengenakan dengan panahannya kepada sesiapa yang dikehendakinya Dan mereka yang ingkar itu membantah (serta mendustakan Rasul) mengenai perkara yang berhubung dengan Allah (dan kuat kuasaNya) Padahal Ia Amat keras azab seksanya.

Hikmah Petir di langit

Petir menjadi suatu tanda keagungan ciptaanNya. Hikmah petir adalah Allah ingin memperingatkan kepada seluruh makhlukNya terutama jin dan manusia bahawa di akhirat kelak, bunyi dan siksaan kepada mereka yang kafir dan ingkar adalah lebih besar dan dahsyat lagi. Mudah-mudahan kita berada sentiasa di bawah lindunganNya kerana kita takut dengan azab Allah yang Maha Keras lagi Maha Berat itu..