Thursday, July 13, 2017

Tips Menjaga Tahajjud



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk solat sunat Tahajjud setiap malam.. Ini termaktub di dalam firmanNya :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79)

Berikut adalah tips atau cara menjaga tahajjud

Tips Menjaga Tahajjud :

1. Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan minta," Ya Allah, tolong kejutkan hamba bangun Tahajjud."

2. Minum air sebanyaknya.

3. Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal,

4. Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak anak keluarga kita bangun Tahajjud sekali. Subhanallah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajjud.

5. Selepas solat maghrib, ceritakan kisah kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi s.a.w di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6. Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7. Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajjud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat.

8. Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajjud.

9. Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajjud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajjud pula tu. Allah.

10. Buat geng/group Tahajjud. Sekumpulan kawan whatsapp/fb apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan. Saling bangun untuk ingat Allah bersama.

11. Mula uruskan masa. Urus masa kita sebaiknya. Pastikan masa kerja atau bisnes kita tidak menggangu waktu kita bersendirian dengan Rabbal Allamin. Kalau terganggu, ternyata saya khuatir kita lupa bahawa yang bagi kerja, bisnes, untung rugi itu sendiri adalah Allah yang bagi.

12. Mulakan tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

In shaa Allah. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment