Saturday, July 29, 2017

Dakwah Di Alam Maya

Di alam maya pun kita boleh dakwah.. Zaman teknologi sekarang memang sangat mudah untuk berdakwah.. tak macam orang dulu-dulu.. kena berjumpa depan2 untuk berdakwah tetapi style orang dulu sememangnya yang terbaik..

Kenapa perlu dakwah di alam maya?

Ini kerana kita lihat ramai yang suka pegang fon dan main fon.. apa salahnya kita ambil kesempatan untuk berdakwah... ganjarannya? pahala yang mengalir umpama sungai yang tidak putus2.. Akan tetapi niatkan dakwah kerana Allah taala iaitu semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan dariNya..

Malu nak berdakwah sebab ilmu masih kurang?

Kenapa nak malu.. ? tidak perlu tunggu ilmu banyak baru berdakwah kerana ilmu Allah itu sangat luas.. sampai bila-bila pun kita kena belajar.. dan dalam masa yang sama, marilah berdakwah kerana Allah taala..

Saya berminat untuk berdakwah tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja.. start dakwah dengan copy dan paste ayat-ayat al quran.. hadis2 nabi.. share yang kita yakin sahaja.. kalau kita ragu-ragu dengan sesuatu info tu, elok jangan share.. nak lebih baik, tanya pada yang arif sebelum share.. paling mudah share ayat-ayat al quran dan ajak orang baca Al Quran.. 

Saya berminat nak share ayat-ayat Al Quran sahaja, boleh ke?

Boleh jer... masuk ke laman website http://surah.my untuk copy dan paste ayat-ayat Al Quran.. Copy ayat terjemahannya sahaja.. mudah kan?

Thursday, July 20, 2017

Seksa Neraka Jahannam

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Bercakap tentang Neraka, sudah pasti ramai yang tahu akan Neraka dan seksaannya. Kalau di Syurga ada pelbagai nikmat, di dalam Neraka juga ada pelbagai azab. Neraka adalah khas untuk orang-orang kafir  dan orang Islam yang ingkar pada perintah Allah dan meninggalkan segala perintahnya. Panas api Neraka adalah 70 kali ganda panas api dunia. Kalau satu saat pun kita tidak dapat tahan dengan panas api dunia, masakan kita dapat tahan dengan api Neraka yang jauh lebih panas?

Di dalam Neraka, tubuh badan akan dibesarkan, kulit akan ditebalkan supaya akan merasa lebih azab. Allahu Rabbi.. Tahukah kalian bahawa 1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?. Jika 1 minit di akhirat bersamaan dengan 365000 minit dan kalau ditukarkan kepada saat menjadi 21900000 saat. Persoalannya adakah orang yang akan diseksa hanya 1 minit sahaja di Neraka? Wallahua'lam. Jangan pernah kita minta untuk diseksa di Neraka walau 1 saat sekalipun. 

Penghuni-penghuni Neraka tidak akan hidup dan tidak akan mati, sesuai dengan firmanNya :

Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
(Al-A'laa 87:12) 
Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
(Al-A'laa 87:13)

Malaikat Malik adalah ketua atau penjaga Neraka dan Malaikat Zabaniyah adalah pekerja atau ditugaskan untuk menyeksa para penghuni Neraka. Malaikat Zabaniyah sangatlah ngeri untuk dilihat dan layanannya sangatlah kasar dan keras. Sudahlah terseksa dengan kepanasan api Neraka, inikan pula ditambah dengan seksaan dari Malaikat Zabaniyah. 

Semoga kita dijauhkan dari azab api Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat. Amin Amin, Allahuma Amin.. 

Nikmat Yang Paling Agung Di Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..

Tahukah tuan2 dan puan2 sekalian akan nikmat yang paling agung di Syurga kelak? Nikmat tersebut adalah nikmat melihat wajah Allah Yang Maha Indah. Di dunia ini memang sengaja Allah tidak menampakkan wajahNya supaya kita berusaha agar menjadi orang yang paling beruntung melihat wajah Allah di Syurga nanti. Kita akan melihat wajah Allah dengan berseri-seri sesuai dengan firmanNya :

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
(Al-Qiaamah 75:22)
Melihat kepada Tuhannya.
(Al-Qiaamah 75:23) 

Di dalam Syurga ada pelbagai nikmat seperti nikmat memakan buah-buahan, nikmat berjimak dengan bidadari dan macam-macam lagi. Ada mahligai yang sangat besar nan indah. Ada sungai-sungai arak, susu, madu dan lain-lain lagi. Ada pohon-pohon besar yang rendang lagi cantik untuk dilihat. Nikmat semua ini adalah untuk para penghuni Syurga. Inilah janji Allah yang tidak akan DIA mungkiri. Ayuh, mari berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan supaya kita kelak menjadi orang yang paling beruntung dan menjadi penhuni Syurga yang tertinggi iaitu Syurga Firdaus. Tiada mati pada saat itu dan kita akan digembirakan dengan bermacam-macam nikmat yang tidak pernah kita fikir. 

Thursday, July 13, 2017

Tips Menjaga Tahajjud



Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk solat sunat Tahajjud setiap malam.. Ini termaktub di dalam firmanNya :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.
(Al-Israa' 17:79)

Berikut adalah tips atau cara menjaga tahajjud

Tips Menjaga Tahajjud :

1. Minta Allah tolong kejutkan. Sebelum tidur, solat taubat tambah witir dan minta," Ya Allah, tolong kejutkan hamba bangun Tahajjud."

2. Minum air sebanyaknya.

3. Tidur sebelum pukul 11.00 malam. Kalau betul mahu urusan kita Allah selesaikan. Hajat kita Allah makbulkan. Belajarlah untuk tidur awal,

4. Minta pasangan atau orang terdekat kita tolong kejutkan, selain pasang alarm. Ajak anak anak keluarga kita bangun Tahajjud sekali. Subhanallah. Allah sayang pada sekeluarga yang bangun Tahajjud.

5. Selepas solat maghrib, ceritakan kisah kisah para Sahabat. Baca kitab Fadhilat Amal pada keluarga. Hidupkan amalan Nabi s.a.w di rumah. Hidupkan syurga di rumah.

6. Jaga pandangan mata, banyakkan bacaan Quran. Hafaz surah Al Muzzammil, surah yang khas mengenai bangun malam.

7. Uruskan masa. Jika kita tahu betapa besarnya ganjaran Allah bagi pada siapa siapa yang jaga Tahajjud. Rujuk Al Isra ayat 79. Hebatnya orang jaga amalan wajib dan amalan sunat. Jangan pandang remeh walaupun sekadar sunat.

8. Banyakkan istighfar. Ini kerana Tahajjud ini adalah kurniaan Allah pada orang yang terpilih. Bukan semua orang dapat bangun. Kerana malamnya ya Allah. Betapa Allah dekat masa itu dengan orang yang bangun Tahajjud.

9. Minta emak ayah tolong doakan supaya kita menjadi mudah bangun Tahajjud. Allah. Hebatnya sudahlah soleh dengan emak ayah, bangun Tahajjud pula tu. Allah.

10. Buat geng/group Tahajjud. Sekumpulan kawan whatsapp/fb apa saja. Buat jadual saling kejut mengejutkan. Saling bangun untuk ingat Allah bersama.

11. Mula uruskan masa. Urus masa kita sebaiknya. Pastikan masa kerja atau bisnes kita tidak menggangu waktu kita bersendirian dengan Rabbal Allamin. Kalau terganggu, ternyata saya khuatir kita lupa bahawa yang bagi kerja, bisnes, untung rugi itu sendiri adalah Allah yang bagi.

12. Mulakan tahajjud secara sikit sikit dulu. Jangan terlalu drastik. 2 rakaat dulu. Seminggu sekali dulu. Buat 15 minit dulu sebelum masuk subuh. Jadikan ia kebiasaan dahulu. Lepas dah seronok, baru upgrade.

In shaa Allah. Semoga bermanfaat.

Sebelum Tidur, Lakukan 3 Perkara

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian

Sebelum tidur ucapkan 3 perkara :
1) aku maafkan semua orang
2) esok aku nak baik dengan semua orang
3) esok aku taknak dengki dengan semua orang

jadikan amalan kerana amalan ini dilakukan oleh seseorang di zaman Rasulullah dan diberitahu baginda bahawa beliau ahli Syurga.. inshaAllah

Semoga kita akan dikumpulkan bersama-sama dengan orang beriman di Syurga Firdaus kelak.. amin Ya Rahman

Senangnya Nak Buat Pahala

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Di dalam alam maya ini, senang giler nak buat pahala... share sahaja info bermanfaat kita akan dapat pahala.. kalau orang amal apa yg kita share kita pun akan dapat pahala... jika orang yang amal itu share kepada orang lain, kita juga akan dapat pahala! Inilah dinamakan perniagaan yang sangat menguntungkan.. bukan sahaja dapat manfaat di dunia malah di akhirat juga!

So bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sebelum share sesuatu info? Bukan apa takut kita tershare info yang salah sahaja.. Caranya mudah.. kita share info yang kita yakin sahaja.. Jika kita rasa ragu2 dengan sesuatu info itu, jangan share..boleh juga tanya yang lebih arif sebelum share agar info yang kita share nanti adalah benar dan shahih..

Ingatlah tuan2 dan puan2!, hanya 3 perkara sahaja yang ikut kita ke alam akhirat dimulai dengan alam kubur:
1) amal/sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat ( yang ini info bermanfaat tu )
3) Doa dari anak yg soleh dan solehah

Sunday, July 9, 2017

Marilah Berzikir Setiap Waktu

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian

Marilah kita lazimkan zikir setiap waktu dalam sehari-hari kita. Di dalam Al Quran Allah berfirman :

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Kita diperintahkan berzikir oleh Allah. Banyak manfaat berzikir ini. Manfaat yang kita dapat adalah untuk dunia dan akhirat kita.

Tahukah tuan2 dan puan2, orang yang masuk Syurga pun menyesal sebab di dunia telah mensia-siakan waktu daripada berzikir kepada Allah SWT.. Berikut hadisnya :

Dari Muadz bin Jabal ra, Rasulullah saw bersabda “ Ahli syurga tidak akan menyesali apapun (didunia ini) kecuali atas waktu yang telah mereka lalui tanpa dzikrullah didalamnya “ (HR Thabrani, Baihaqi)

Marilah, kita sama2 berzikir setiap hari dan waktu.. Usah sia-siakan waktu yang anda dengan membuat perkara yang tidak berfaedah.. 


AL-QURAN & UMUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya kasihi sekalian..


Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".


"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".



Berkata Al-imam Qurtubi:

"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".


Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.



"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dg yg kamu baca"



Berkata Ibnu Solah:

"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".


Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-qur'an".


Berkata sebagian ahli tafsir:

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".


"KAMI memohon kepada Allah SWT agar memberikan taufiqnya kepada KAMI dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya". 



Bila anda Cinta pada Al-qur'an maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-qur'an maka pahala akan mengalir pada anda.



Semoga bermanfaat.

Tolong Orang Yang Dalam Kesusahan, Apa Ganjarannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..


Rasulullah SAW bersabda...



"Barang siapa melepaskan dari seorang mukmin satu kesusahan yang sangat dari kesusahan dunia, niscaya Allah SAW akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan di hari kiamat.



Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan nescaya Allah SWT akan memudahkannya di dunia dan nanti diakhirat.



Siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah SWT akan menutup aibnya di dunia dan diakhirat.



Dan Allah SWT senantiasa menolong hamba - Nya selama hamba - Nya itu menolong saudara - Nya.



( HR. Muslim )



Oleh yang demikian, marilah kita sama2 untuk tolong orang yang berada dalam kesusahan, moga2 Allah tolong kita semula jika kita berada di dalam kesusahan.. Allah amat menyayangi orang yang berbuat kebaikan..



:)