Saturday, March 18, 2017

Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian..

Solat sunat Tahajjud amat digalakkan di lakukan.. Di dalam Al Quran Allah ada berfirman tentang suruhan melaksanakan solat sunat Tahajjud ;

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang Tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Berikut adalah kelebihan solat sunat Tahajjud :


  • Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  • Doa dimakbulkan Allah.
  • Memperolehi ketenangan jiwa.
  • Merasai diri hampir kepada Allah.
  • Diberikan keistimewaan oleh Allah.
  • Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  • Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  • Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  • Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah.
  • Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
  • Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  • Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  • Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  • Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
Solat sunat Tahajjud dapat di lakukan minimum sebanyak 2 rakaat. Biarpun sedikit asalkan istiqomah kerana Allah menyukai amalan yang sedikit tetapi istiqomah. Di dalam hadis :

Rasulullah SAW telah bersabda,: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

Solat sunat Tahajjud dapat dilakukan pada 1/3 malam iaitu pada jam 3 pagi ke atas.. Semoga Allah swt menempatkan kita semua dikalangan orang yang beriman dan terpuji..inshaAllah..


No comments:

Post a Comment